“All The Best Daddy” – Ucapan Farah Lee Kepada Ally Iskandar Jadi Tumpuan Warga Maya

Hiburan

“All The Best Daddy” – Ucapan Farah Lee Kepada Ally Iskandar Jadi Tumpuan Warga Maya

Baru-baru ini, personaliti TV Ally Iskandar ada mengumumkan berita gembira iaitu dia bakal kembali menjadi ‘guru’ setelah lebih 20 tahun mengacara program tv.

Ally berkongsikan perkara itu di Instagram di mana dia ada memuat naik satu hantaran tangkap layar yang memaparkan berita mengenai dirinya.

Advertisement

“Masa untuk generasi seterusnya” Ally Iskandar kembali jadi ‘cikgu’ selepas lebih 20 tahun mengacara TV.

Hantaran tersebut kemudiannya dipenuhi ucapan tahniah oleh netizen dan pengikut media sosial Ally.

Tetapi apa yang lebih mencuri tumpuan adalah ucapan daripada bekas isteri Ally, Farah Lee yang turut mengucapkan doa selamat berjaya buat dirinya.

All the best daddy!

Sekadar info, Ally pernah mendirikan rumah tangga bersama pensohor media sosial dan aktivis kemanusiaan Farah Lee pada tahun 2012 namun bercerai pada tahun 2016.

Hasil perkongsian hidup, mereka dikurniakan seorang anak perempuan, Maream Esaabel yang kini berusia 9 tahun.

Ally kemudian bernikah kali kedua pada tahun 2019 dan pada 5 Januari lalu, Farah Lee juga bertemu pasangan hidupnya dan berkahwin dengan lelaki pilihan yang dikenali sebagai Fuad.

Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.

Instagram
4 months ago

"Daddy Tiada Ilham" - Ally Iskandar Kongsi Momen Bermain Dengan Anak, Netizen Cuit Konon Ucap Tahniah Buat Bekas Isteri

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

SUMBER : Instagram

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...