Usahawan sensasi, Hasmiza Othman atau Datuk Seri Vida menghadiahkan sebuah iPhone 17 Pro Max kepada pelakon Azar Azmi selepas melihat keadaan telefon bimbit aktres itu yang rosak teruk.
Menurut Vida, keputusan tersebut dibuat selepas menyedari Azar menggunakan telefon yang retak dan hanya meminjam peranti untuk menjalankan kerja.
“Kenapa saya nak belikan telefon untuk dia? Sebab masa ‘live’ dengan saya, saya tengok telefon dia memang retak teruk. Telefon yang dia pakai pun pinjam.”
“Saya terus rasa nak hadiahkan dia telefon baharu. Saya nak mudahkan kerja dia dengan ada telefon baharu.”
“Saya pilih iPhone 17 Pro Max 512GB supaya senang dia buat kerja. Saya pilih apa yang saya suka untuk bagi dekat Azar,” katanya menerusi video di Instagram.
Dalam video tersebut, Vida yang ditemani anaknya, Kacak serta Azar, pada awalnya memaklumkan ingin membeli telefon untuk dirinya sendiri ketika berada di sebuah premis jualan di pusat beli-belah.
Namun, Azar nyata terkejut apabila telefon baharu lengkap dengan ‘casing’ mewah itu sebenarnya dihadiahkan kepadanya.
Pada masa sama, Vida berharap hadiah berkenaan dapat menjadi pemangkin semangat buat Azar untuk terus berjaya dalam bidang perniagaan atas talian.
“Semoga Azar boleh melangkah lebih jauh, lebih hebat dan berjaya dengan adanya telefon yang boleh membantunya mencari rezeki dalam bidang online,” ujarnya.
Meninjau ruangan komen, ramai netizen meluahkan rasa simpati terhadap keadaan Azar selain memuji sikap pemurah Vida.
Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.
