September 17th, 2012

Baru semalam Ayu Raudhah dan Zaquan Adha menimbulkan niat untuk berbaik-baik dengan Rita Rudaini, hari ini Rita tampil di Harian Metro meluahkan isi hatinya yang terpendam. Abang Nara sangat terkejut apabila Rita memberitahu yang dirinya disamakan dengan anjing menyalak oleh Ayu dan Zaquan.

ayu dan rita

Ini semua terjadi artikel tentang Rita yang sering kali diterbitkan setiap hujung minggu oleh sebuah suratkhabar. Kata Rita:-

Ada orang sampaikan kepada saya, mereka suami isteri mengata kenapa anjing ni selalu menyalak setiap hari Ahad? Sumber itu memaklumkan, pasangan berkenaan memang tujukan kepada saya selepas sumber itu sendiri bertanya kepada mereka. Tapi saya tak kisah pun, suka hati mereka nak kata apa sebab mereka ada mulut. Saya tidak rugi apa-apa. Lagi saya dihina lagi besar pahala saya dapat. Namun, apa yang sangat disesalkan Aidil tak nampak pula kesalahan mereka berdua.

Kalau benarlah Ayu dan Zaquan berkata sedemikian, itu memang melampau. Namun perkara ini harus disiasat terlebih dahulu sebab Rita pun mendengar daripada mulut orang lain. Kadang-kadang ada sesetengah manusia memang suka menyemarakkan lagi api yang sudah menyala. Tak ke gitu?

rita dan ayu

Dan menerusi artikel Harian Metro hari ini juga, Rita Rudaini dengan panjang lebarnya menerangkan tentang kontroversi statementnya di Twitter. Malah Rita sempat memberi nasihat kepada suaminya juga. Kalau Aidil terbaca, pasti akan terasa insaf sekejap. Kata Rita:-

Berhubung kontroversi yang sedang berlaku, ia bermula dengan kisah skandal Aidil dan Jue, disusuli pula pertuduhan kononnya saya menuduh Ayu menjadi orang tengah yang memperkenalkan Aidil kepada Jue, sekarang ini, kenyataan saya di twitter pula disalah tafsir. Dalam situasi yang berlaku, Aidil sepatutnya menjadi pendamai kerana dia suami saya. Saya tak kisah Aidil cuba mempertahankan adik iparnya Ayu mahupun Jue sekalipun, tapi Aidil seharusnya memohon kepada pihak media mahupun pihak tertentu supaya tidak mengganggu hidup saya yang terpaksa mencari rezeki dan siang malam demi menjaga anaknya sendiri. Walaupun sudah tiada lagi cinta, bukan bermakna dia sewenangnya membiarkan saya terus-terusan diperkotak-katikkan. Janganlah tindas saya sesuka hati! Sebagai suami dia tidak berbuat sesuatu yang boleh meredakan keadaan. Malah, kenyataannya dengan jelas berat sebelah dan hanya membakar keadaan. Apabila anaknya sendiri besar nanti dan kalau mereka terbaca kisah kontroversi pernah melanda kami, saya bimbang ia membakar kebencian anak terhadap dirinya sendiri yang tidak pernah sedikitpun cuba mempertahankan saya sebagai ibu mereka, tetapi lebih sedia membela orang lain yang menghancurkan rumah tangga kami.

Ada benarnya juga kata-kata Rita itu. Namun apa yang membimbangkan Abang Nara ialah kekerapan cerita Rita, Aidil, Zaquan dan Ayu terpampang di surathabar sudah terlalu banyak. Ini boleh menimbulkan rasa kurang senang peminat mereka. Mungkin dulu memang simpati namun lama-lama kelamaan boleh buat orang rasa muak. Jadi ada baiknya keempat-empat mereka ini berdiam diri dan cuba menyelesaikan pertelingkahan dengan bersemuka. Bacaan lanjut di Harian Metro.

P.S: Potrait tanpa graviti.


182 responses to “Saya Pernah Disamakan Seperti Anjing Menyalak Oleh Ayu Dan Zaquan – Rita Rudaini”

  1. 3456 says:

    kesian Rita. pasangan laki bini tu tak reti nk hormat org langsung. dahla Rita tu jauh lebih tua dr korang. langsung takde adab. belajarla nk hormat org tua ni. Ayu tu kan tgh bunting skang ni, kang bila anak ko da besar tak hormat korang plak cane? Udah2la nk masuk cmpur hal Rita kut ye pun nk mempertahankan nama keluarga kononnya…..

    • nasihat x serupa bikin says:

      rr pun tak tau hurmat orang yang lebih tua..tak hurmat ibu-bapa mertua, tak hurmat pd suami…

  2. maria says:

    Pak MENTUA rita ni pun 1! siasat dulu apa yg laki rita ni buat..sbg ayah x boleh nak salahkan menantu je…rita ni pun 1 jaja dkt media kisah rumah tanggan buat apa..aku sokong ko bercerai je dgn laki ko..lain kali jgn jaja2 kisah rumahtangga dkt org lain..better berdiam diri sudah!! haiya..

  3. Eizza, says:

    Si RR ni cakap laki dia itulah, inilah, tapi yang peliknya beranak sampai dua orang jugak, dalam gaduh gaduh tu, sempat jugak korang mengongkek ye. Nak cari publisiti/iklan murahan ke?

  4. org tengah says:

    Pdpt aku, 4-4 ada slhnya.tp mgkn ada org k5 yg m’apikn bnda ni.
    Ahad lps dpt tgk ayu bsumpah dgn nama Allah dlm nada sbk mnafikn tdhan rita.n ritapn ckp ‘ada yg mympai’.
    rasanya elok aidil ambl tindakn drastik heret suma duduk smeja.luahkn apa yg tbuku dhati (nasihat:jauhkn bnda2 tjm n kras tkut ada objek trbg). klu kmpom ada phak k5 pkat2 p serang. ajak aku skali, nak gak ganyang pmbwa mlut ni.

    • ah...... says:

      ah nada sebak yg dia sumpah atas nm tuhan tu dihari minggu kelmarin…menandakn dia tergagap2 mengelabah sebab nk menipu tuhan dn orng ramai…takut nk sumpah dgn tuhan tp nk buat orng percaya kata2 dia tu…tu yg dia redah je…ayu penipu…….:)))))))))))))

Loading...