Beautifulnara – Gosip Artis Malaysia Terkini

Hiburan

“Saya Pernah Dipanggil ‘Giant’ Dan B*b* Hutan” – Vicha Kongsi Pengalaman Penghinaan Fizikal

Vicha

Pelakon dan pelawak, Vicha berkongsikan pengalamannya pernah menjadi mangsa penghinaan fizikal dan telah menerima pelbagai gelaran yang amat menjengkelkan.

Advertisement

Menerusi rakaman program Rumah 107, Vicha berkata kerana fizikal badan yang agak gempal itu menyebabkan dirinya tidak mempunyai kawan.

Kalau nak cakap isu body shaming atau penghinaan fizikal ini, memang banyak yang saya lalui dulu. Saya pernah dipanggil Jaiko (adik Giant) dalam cerita Doraemon dan juga ada yang sampai panggil saya babi hutan.

Walau bagaimanapun menurut Vicha, beliau amat bersyukur dengan apa yang telah dikurniakan Ilahi buat dirinya dan disebabkan penghinaan yang diterima itu, dia berazam untuk bangkit.

Sedih memang sedih, tapi saya fikir buat apa kita nak mengalah dengan hinaan orang.

Dalam pada masa yang sama, pelawak itu memberitahu dirinya sudah berjaya menurunkan berat badan sebanyak 36kg dan berkata hanya tinggal dua angka sahaja untuk dia mencapai sasarannya.

Teruskan usaha Vicha jangan hiraukan orang lain!

Jangan lupa ‘Like’ dan ‘Follow’ Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

SUMBER : Gempak
PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawap langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawap anda sendiri.

Tinggalkan Komen Anda Di Sini

Loading...
To Top