Beautifulnara – Gosip Artis Malaysia Terkini

Hiburan

“Leher Dah Boleh Nampak!” – Vicha Gembira Berat Badan Turun 10kg Dalam 3 Minggu

vicha kurus

Berkongsi berita gembira kepada umum mengenai kejayaannya menurunkan berat badan sebanyak 10 kilogram, pelakon dan pelawak Vicha mendedahkan beliau hanya mengambil masa kurang sebulan selepas menjalani rutin gaya hidup yang lebih sihat.

vicha kurus

Advertisement

Hasil mengekalkan gaya hidup yang seimbang, Vicha juga dilihat turut menzahirkan rasa gembira apabila bentuk fizikalnya menunjukkan perubahan yang positif.

Vicha mendedahkan perkara tersebut kepada umum menerusi posting yang dimuat naik di laman Instagramnya tempoh hari.

Advertisement

“Yeah, leher kita dah boleh nampak dah! Dah hilang 10 kilogram (kg) dalam masa tiga minggu. Tenang.. perjuangan kita masih panjang guys. Insya-Allah kita boleh.”

Dalam pada itu, Vicha bagaimanapun seakan teruja dengan hasil yang dialminya, malah dirinya juga bagai tidak segan untuk berkongsi gambar transformasi fizikalnya daripada 127kg kepada 117kg.

vicha kurus

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata pengikutnya menitip kata-kata semangat kepadan Vicha supaya terus cekal untuk mencapai misinya menurunkan berat badan.

vicha kurus

Terdahulu, kecoh di media sosial apabila Vicha mengakui adakalanya dirinya berasa tertekan dengan masalah berat badan. Justeru, Vicha bagai berani menyahut cabaran dengan memasang azam untuk mendapatkan berat badan bawah 100KG dengan menjalani gaya hidup yang lebih sihat.

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawap langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawap anda sendiri.

1 Comment

  1. me

    July 27, 2020 at 10:46 am

    ko diet bersenam tak apa, jgn tiba2 ko promote ubat kurus mcm sorang tu, mmg kena lahar dengan jbtn netizens

Loading...

2020 © Nara Media Sdn Bhd. All Rights Reserved.

Sebahagian daripada kumpulan iMedia Asia.

To Top