“Saya Pernah Diminta Buat Gosip Liar Pergi Ke Kelab Malam Sebab Tak Popular” – Uyaina Arshad

Hiburan

“Saya Pernah Diminta Buat Gosip Liar Pergi Ke Kelab Malam Sebab Tak Popular” – Uyaina Arshad

Kerana kurang popular dan ‘bersih’ daripada kontroversi serta gosip liar, pelakon Uyaina Arshad memaklumkan dirinya pernah disuruh berlakon ‘minum’ di kelab malam semata-mata untuk meraih perhatian orang ramai.

Uyaina atau nama sebenarnya Shaidatul Naseha Uyaina Arshad berkongsi kisah terbabit selepas tular isu mengenai pelakon dipilih berdasarkan populariti dan jumlah pengikut di platform media sosial.

Advertisement

Saya juga pernah kena teruk sebelum ini. Mereka suruh saya berlakon ‘minum’ kemudian rekod atau ambil gambar.

Bercerita lebih lanjut pengalamannya itu di akaun rasmi Twitternya, pelakon itu berkata hal itu masih segar dalam ingatannya hingga ke hari ini.

Bagaimanapun, beliau tidak mendedahkan sama ada individu terbabit adalah daripada pihak stesen televisyen ataupun rumah produksi.

Baru-baru ini kecoh di media sosial khusunya di Twitter berkenaan dengan isu pemilihan pelakon berdasarkan jumlah pengikut media sosial selepas pelakon popular Nam Ron memuat naik tangkap layar syarat yang didakwa daripada syarikat penyiaran.

Beto Kusyairi adegan dengan api
2 years ago

"Pelakon Macam Ni Perlu 1 Juta Pengikut Ke?" - Beto Kusyairy Dipuji Ramai Buat 'Stunt' Sendiri

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...