Pengacara dan pelakon popular, Nabila Huda menzahirkan rasa kagum terhadap aktor versatil, Beto Kusyairy apabila beliau melakonkan adegan yang bahaya tanpa melibatkan stuntman.
Di dalam video yang dikongsikan oleh Nabila atau nama mesranya, Abil di Twitter, ia memperlihatkan Beto sedang bergelut dengan api yang sangat marak ditubuhnya.
Kata Abil, aksi yang ditunjukan oleh aktor tersebut sememangnya wajar diberikan pujian dari orang ramai kerana menyifatkan tindakan tersebut memerlukan keberanian yang sangat tinggi.
This is beto Kusyairy everyone! Real actor gini perlu 1M followers ke? Eh ini gila babi !!! Kalau takde orang appreciate taktau lah..Beto adalah one of the best everyone!! pic.twitter.com/wgydakhOV4
— Nabila Huda (@abilsuhaimi) November 20, 2021
Pelakon macam ni perlu 1 juta pengikut ke? Kalau tak ada orang appreciate tak tahu lah.
Video yang berdurasi hampir 20 saat itu dikongsikan oleh pengacara program, Melodi itu menerusi ciapan yang dibuatnya di akaun rasmi Twitter beliau.

Meninjau di ruangan komen ciapan tersebut, netizen turut menzahirkan rasa kagum dengan apa yang telah dilakukan oleh pelakon tersebut serta tidak sabar untuk menyaksikan karya baharu daripada Beto itu.
Terdahulu, adegan yang dipaparkan oleh Abil itu merupakan salah satu babak di dalam drama terbaharunya berjudul Halimun yang turut menampilkan barisan pelakon hebat seperti Kodi Rasheed, Harun Hashim, Puteri Balqis dan ramai lagi.
tecit
November 22, 2021 at 2:52 pm
when u talk about arts, bukan keuntungan yg kite pentingkan. yg penting kepuasan bekerja tu. kepuasan of the arts itself. aku boleh rase tahap kepuasan beto bile buat stunt sendiri. cume klu pelakon yg mcm marvel2 tu depa bukan xnk buat sndiri stunts tp mmg policy company sbb xnk jd ape2 kecederaan yg boleh merugikan produksi company.