Selepas lama menyepi dari bidang lakonan, pelakon cilik Puteri Balqis muncul dengan pepenampilan terbaharu dalam drama berjudul Halimun telah mengubat rindu orang ramai untuk melihatnya dalam kaca TV.
Menerusi hantaran dalam laman Instagram milik Beto Kusyairy, Beto telah berkongsi gambar bersama Puteri Balqis dan Nabila Huda ketika mereka sedang menjalani penggambaran drama tersebut.
Puteri Balqis atau lebih mesra disapa Aqish dilihat semakin dewasa dan menerusi ruangan komen dalam hantaran tersebut, rata-rata netizen memuji penambilan terbaharu Aqish yang kelihatan semakin cantik dan matang.
“Aqish is back… We miss you… Keep strong” tulis seorang pengguna Instagram.
“Dah besar dah aqish” komen seorang lagi netizen.
Terdahulu, pemenang anugerah Pelakon Wanita Terbaik Drama Anugerah Skrin 2014 itu memklumkan dia mengalami masalah kesihatan dan telah menulis memoirnya bertajuk 38 Poems of Puteri Balqis berdasarkan pengalaman hidupnya.
Kisah kesempitan hidup Balqis dipaparkan di dalam program Bersamamu TV3 awal tahun lalu mencuri perhatian orang ramai dan rata-rata tidak menyangka bintang yang popular di mata masyarakat itu berdepan kehidupan yang sukar.
AnonNano
November 13, 2021 at 6:42 pm
Cantik betul muka Nabila Huda dalam gambar ber-3 tu.
brunes
November 12, 2021 at 1:25 pm
its sickening to know that her able mother is exploiting the girl for the sake of her living. i hope she is healthy and well now
Anon
November 12, 2021 at 5:46 pm
Hello… They both suffer. Daripada Berada terus hampir gelandangan sbb penyakit anaknya yg makan byk duit berubat.mamanya dah buat sehabis baik utk mereka berdua. Kalau mamanya shitty dah lama tinggalkan dia kat kebajikan msyarakat. Mungkin rezeki anaknya lebih menyerlah utk bangun balik.. Instead of sumpah mamanya lebih baik bless yg baik2 sbb blessing tu tempiasnya akan sampai balik pd awk jg. Ok, aqish get well soon!
brunes
November 13, 2021 at 8:46 am
you are too naive to think that being in entertainment industry is the right thing to do with her sickness dan umurnya yang masih budak please know that dia tidak sepatutnya berkerja! but you are right who am i to judge, tetapi dont ever think that child exploitation is ever right! sedih tapi benar berlaku. dont justify the behaviour of her mother just because ~ you know..