“Saya Perlu Jujur..” – Kutipan Filem Mat Kilau Cecah RM90 Juta, Adi Putra Dedah Langsung Tak Terima Bonus

Hiburan

“Saya Perlu Jujur..” – Kutipan Filem Mat Kilau Cecah RM90 Juta, Adi Putra Dedah Langsung Tak Terima Bonus

Biarpun kutipan filem Mat Kilau: Kebangkitan Pahlawan menjadi fenomena dan berjaya mengutip lebih RM90 juta, salah seorang pelakon filem tersebut iaitu Adi Putra memberitahu dia sama sekali tidak mendapat bonus daripada pihak berkenaan.

Hal itu didedahkan sendiri oleh tuan empunya sewaktu ditemubual oleh pihak Harian Metro.

Advertisement

Saya perlu jujur, tidak ada. Tapi saya tetap bersyukur.

Tetapi berbeza pula dengan penghargaan daripada penerbit filem lain, dimana Adi Putra berkata dirinya serta barisa pelakon filem Air Force The Movie: Selagi Bernyawa menerima bonus susulan kejayaan filem itu sewaktu ditayang di pawagam.

Menurut Adi, bukan saja barisan pelakon filem tersebut mendapat bonus, malah kru filem yang menjayakannya juga tidak dilupakan.

Sekadar info, filem Air Force The Movie: Selagi Bernyawa yang diterbitkan oleh Golden Screen Cinemas, FXHammer Films, Multimedia Entertainment dan SixFun Media berjaya mengutip sebanyak RM30 juta.

Terdahulu, pelakon filem Mat Kilau iaitu Johan As’ari turut pernah mendedahkan bahawa dia tidak menerima sebarang bonus daripada pihak penerbit.

adi putra syamsul yusof mat kilau
1 year ago

"Saya Ibarat Pekerja Buruh" - Adi Putra Dah Tak Jadi Mat Kilau 2, Nama Digugurkan Dari Produksi

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...