“Saya Ibarat Pekerja Buruh” – Adi Putra Dah Tak Jadi Mat Kilau 2, Nama Digugurkan Dari Produksi

Hiburan

“Saya Ibarat Pekerja Buruh” – Adi Putra Dah Tak Jadi Mat Kilau 2, Nama Digugurkan Dari Produksi

Pelakon Datuk Adi Putra tampil mengesahkan dia tidak akan terlibat dalam filem prekuel Mat Kilau yang akan datang.

Ujar Adi, perkara itu telah dimaklumkan kepadanya oleh pihak penerbit filem berkenaan iaitu Kembara Studio.

Advertisement

Dia yang ditemui ketika acara persembahan fesyen Ajwad Khan Raya 2023 di Starvilion mengakui akur dengan keputusan tersebut dan menerimanya dengan hati terbuka selain menghormati keputusan tersebut.

Saya terima dengan qada dan qadar. Saya juga tidak mempersoalkan mengenai perkara tersebut. Saya reda.

Katanya lagi, dia tidak mempunyai kuasa mutlak untuk menentukan siapa yang kekal atau tidak sebagai barisan pelakon filem prekuel tersebut.

Penerbit ada kuasa untuk menerbitkan dan ketentuan untuk pemilihan. Saya hanya seorang pelakon atau boleh dikatakan sebagai pekerja buruh. Pelakon ini dalam kategori freelance, tidak ada mutlak kerana tidak menerbitkan sesuatu.

Terdahulu, memetik Utusan, pengarah filem Mat Kilau iaitu Syamsul Yusof ada memaklumkan mengenai pemilihan pelakon dan sutradara lain bagi menggalas tanggungjawab dalam mengemudi filem prekuel itu di masa akan datang.

Farid kamil roslan shah
1 year ago

(VIDEO) "Tak Ada Tanda, Kuat Bergurau Senda Di Mekah" - Roslan Shah Terkejut 'Beruk' Diana Dianelle Dan Farid Kamil Nak Bercerai

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

SUMBER : Gempak.com

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...