“Saya Perlu Jauhkan Diri Dari Kawan Atau Keluarga Yang..” – Nak Tenang Emosi, Fazura Akui Ada Terasa Hati Dan Kecewa Dengan Seseorang

Hiburan

“Saya Perlu Jauhkan Diri Dari Kawan Atau Keluarga Yang..” – Nak Tenang Emosi, Fazura Akui Ada Terasa Hati Dan Kecewa Dengan Seseorang

Pelakon dan juga usahawan kini, Nur Fazura enggan mengulas lanjut mengenai satu hantaran berbaur kekecewaan yang dimuat naik isteri Fattah Amin itu di TikTok baru-baru ini.

Kata Fazura, perkara itu terlalu peribadi untuk dikongsikan kepada peminat namun mengaku hatinya berasa kecewa dan jauh hati.

Advertisement

Maaf saya tak boleh komen. Ia terlalu peribadi. Kita buat semuanya kerana Allah. Mungkin sesetengah manusia itu berat untuk berterima kasih dan ada isu-isu yang membuatkan saya berkecil hati sedikit.

Saya sekarang nak hidup tenang jadi apa-apa perkara yang buat saya terganggu, saya mahu elakkan. Jadi lebih baik saya berdiam diri.

Ujarnya lagi, dia hanya ingin hidup tenang dan tidak mahu tertekan dan melakukan sedaya upaya bagi melindunginya.

Apa yang buat saya tertekan saya perlu jauhkan diri, seperti kawan-kawan atau keluarga jauh yang memberikan kekecewaan. Saya sudah buat bahagian saya, itu sudah mencukupi.

Sebelum ini, Fazura ada memuat naik hantaran beremosi sedih dan seolah-olah jauh hati dengan ‘seseorang’.

@fazuraofficial

Cukup berbuat baik kerana Allah SWT. Tapi kalau hanya mahu dihargai tapi tak pandai pula menghargai, lebih baik jauhkan diri saja. #protectingmypeace ?

? original sound – Nur Fazura

“Menjauhkan diri bukan kerana membenci tapi sudah cukup kecewa di hati. Semoga kita sentiasa bijak menghargai seperti mana kita mahu dihargai” tulisnya dalam hantaran itu.

Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.

Diana Danielle farid kamil
8 months ago

"Sebab Dia Lelaki" - Diana Danielle Serah Pada Farid Kamil, Enggan Ulas Spekulasi Dah Rujuk

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...