“Sebab Dia Lelaki” – Diana Danielle Serah Pada Farid Kamil, Enggan Ulas Spekulasi Dah Rujuk

Hiburan

“Sebab Dia Lelaki” – Diana Danielle Serah Pada Farid Kamil, Enggan Ulas Spekulasi Dah Rujuk

Tular semalam mengenai satu video memaparkan pelakon Diana Danielle dirakam duduk bersebelahan dengan bekas suaminya, Farid Kamil di sebuah acara.

Perlakuan mesra Diana dan Farid itu kemudiannya mencetuskan spekulasi yang mendakwa pasangan ini sebenarnya sudah rujuk sebagai suami isteri.

Advertisement

Menerusi satu temu bual di sebuah podcast hiburan, Diana memaklumkan segala keputusan mengenai hubungan mereka akan diumumkan oleh Farid nanti.

Kami akan buat keputusan dalam masa terdekat tapi nak bagi apa-apa update pada ketika ini saya biarkan Farid yang buat. Sebab dia lelaki.

Diana juga berkata bahawa dia dan Farid masih lagi dalam peringkat memperbaiki hubungan mereka ke arah yang lebih baik.

Bukan saya nak selindung tapi kami pun mahu ambil langkah perlahan. Tapi, tidak lah perlahan sangat. Kami pun sedang memikirkan bagaimana untuk memperbetulkan kehidupan antara satu sama lain lagi.

Semalam, pasangan ini ada memuat naik hantaran di Instagram Story memaparkan keberadaan mereka di dalam sebuah studio untuk ditemu bual.

Diana dan Farid telah bercerai talak satu pada 10 Ogos lalu setelah mendirikan rumah tangga sejak tahun 2012 yang lalu.

Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.

farid kamil diana danielle rujuk
8 months ago

"Memang Sayang Lagi Tu.." - Dilihat Mesra Bersama, Farid Kamil & Diana Danielle Rujuk Semula?

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...