Aktres jelita Alya Iman akui sudah dapat menduga babak ‘panas’ yang dilakonkannya bersama pelakon Shukri Yahaya akan mengundang kecaman dari para netizen dalam drama bersiri Layang-Layang Perkahwinan.
Jalankan tugas sebagai pelakon
Menurut Alya, sebelum melakonkan adegan tersebut, dirinya telah mendapat kepastian dari pengarah dan bila mereka bertegas mahukan babak tersebut sebagai plot maka dirinya hanya setuju dan menjalankan tugas sebagai seorang aktres.
Saya peka dengan kecaman yang bakal terima tapi saya hanya buat kerja.
Sebelum melakonkan babak tu saya ada bertanya betul ke nak lakukan babak ni dan bila mereka kata betul, saya ikut saja.
Takut buka media sosial
Pada masa yang sama, sedia tahu akan terima kritikan dari para netizen, aktres berumur 23 tahun ini akui berasa gelisah untuk membuka media sosial. Namun, Alya memandang sisi positif yang membawa erti dirinya telah berjaya membawa watak tersebut.
Saya bukan kalis kecaman sebab kita manusia biasa yang ada perasaan tapi bergantung kepada kritikan diberikan.
Sekarang ini kena kecam mengenai kerjaya, jadi saya percaya sudah berjaya bawa watak tu.
View this post on Instagram
Tambahan pula, Alya tidak terasa hati sekiranya ada yang melabel dirinya penyondol akibat watak yang dibawa. Baginya, itu hanya sekadar watak di layar kaca TV dan yang penting orang disekelilingnya tahu dirinya yang sebenar.