Saya Pakai Tudung Bukan Untuk Jual Tudung – Jue Aziz

Hiburan

Saya Pakai Tudung Bukan Untuk Jual Tudung – Jue Aziz

Terlalu ramai selebriti yang bertudung dan dalam sekelip mata mempunyai jenama tudung sendiri membuatkan orang ramai mempunyai stigma negatif terhadap penghijrahan mereka. Iyerlah, hari ini bertudung, esok dah keluar tudung jenama sendiri. Harga pula ratus-ratus ringgit. Bukanlah satu perkara yang salah untuk berniaga, tetapi mungkin ‘timing’ tak berapa cantik. Memang boleh terburuk sangka sebenarnya.
jue aziz
Turut terpalit dengan stigma tersebut ialah Jue Aziz yang baru sahaja berhijrah sebulan lalu. Ramai peminat yang memberikan komen menuduh Jue Aziz bertudung hanya untuk menjual tudung. Namun Jue Aziz menjelaskan penghijrahannya tiada kena mengena dengan sebarang business. Kata Jue:-

Saya ada baca komen dan kritikan pihak-pihak yang menganggap saya bertudung kerana sebab tertentu dan mereka kata saya mahu jual tudung.

Saya tidak fikir pun untuk bisnes tudung, walau pun selepas bertudung sejak sebulan lalu banyak tawaran untuk saya menjadi duta produk tertentu

Advertisement

jue aziz

Menurut Jue Aziz, dia mahu perubahan kepada imej baharu dilakukan secara perlahan-lahan agar ia dapat diterima secara positif oleh peminat-peminatnya tanpa sebarang prasangka buruk. Baguslah macam itu. Bukan nak memandang negatif kepada selebriti berhijrah yang terus muncul dengan jenama tudung sendiri tetapi memang kurang sesuai untuk berbuat demikian. Namun itu hanya pandangan Abang Nara. Mungkin kalau dah rezeki ditawarkan jadi duta tudung, siapalah kita nak menolaknya kan? Apa pendapat anda? Sumber Mstar Online.

jue aziz

P.S: Raya Haji ini jom tampil lebih hensem dan kacak dengan jubah moden khas daripada Mr. Bello. Material super cotton premium dengan harga RM180 sahaja memang tersangatlah berbaloi. Confirm awek/tunang/bini lebih sayang bila kekacakan anda bertambah 200% mengenakan jubah ini. Sila beli sekarang dengan Whatsapp ke 011-3263-4341, follow Instagram @Mister.Bello atau LIKE Facebook Mr. Bello.

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...