August 9th, 2015

Alhamdulillah. Seorang lagi selebriti wanita Malaysia kini telah pun mengambil keputusan untuk bertudung dan menutup aurat sepenuhnya. Jue Aziz atau nama penuhnya Zuliana Abd. Aziz berusia 32 tahun telah pun mengambil keputusan untuk memakai tudung sepenuhnya pada hari Rabu minggu lalu. Secara jujur, Jue Aziz memang tampak lebih cantik, lebih menawan dan lebih sejuk mata memandang dengan imej baru ini.
jue aziz bertudung

Buat anda yang tidak tahu dan cuba ingin jatuh cinta atau mahu mengorat Jue Aziz selepas tertawan dengan imej baru pelakon ini, lupakanlah sahaja hasrat tersebut kerana Jue kini sedang bahagia di samping suaminya, Bayu Daniels. Esok Abang Nara akan kongsikan kisah yang dikongsi oleh Jue Aziz tentang penghijrahannya ini. Memang menarik. Ia ada kaitan dengan pemergian ayah Jue Aziz ke rahmatullah pada 31 Julai yang lalu.jue aziz bertudung

Apa pun tahniah diucapkan kepada Jue Aziz atas penghijrahan ini. Semoga segalanya akan lebih dipermudahkan. Semoga rezeki juga semakin murah. Teruskan istiqamah. Sama-samalah kita doakan.


Comments are closed.

Loading...