Beautifulnara – Gosip Artis Malaysia Terkini

Hiburan

Saya Padam Komen Negatif Kerana Tidak Mahu Emosi Terganggu – Ayda Jebat

Bila Ayda Jebat bertindak untuk memadam serta menyekat komen-komen negatif di akaun Instagram miliknya, ramai yang mendakwa Ayda sombong.

Advertisement

Namun, menurut Ayda beliau berbuat demikian kerana tidak mahu komen tersebut mengganggu emosinya.

Sebenarnya, saya tak salahkan langsung peminat yang beri komen negatif. Cuma apa yang saya lakukan ialah padam semua komen negatif yang boleh mengganggu emosi. Saya tak mahu benda-benda negatif merosakkan fokus saya terhadap semua perkara.

Tambah Ayda, segala komen serta kritikan haters sebenarnya membuatkan beliau lebih bersemangat untuk mencapai sesuatu.

Bagi saya haters itu sekejap sahaja. Saya ini rajin juga baca semua komen di laman sosial. Terus-terang saya katakan, saya pernah down selepas menang anugerah baru-baru ini. Salahkah saya menang? Tetapi bila fikir balik kritikan itu lebih kepada membakar semangat.

Macam tu lah, buat apa hendak layan apa yang dikatakan oleh haters bukan? Biarkan mereka kritik, lama-lama nanti senyap la tu. Jadi lepas ini, Ayda tidak perlulah hendak block mereka di Instagram bukan? Heh.

Sumber Berita : Mangga Online

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawap langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawap anda sendiri.

Comments are closed.

Loading...
To Top