March 22nd, 2016

Ayda Jebat telah membolot empat anugerah semasa Anugerah Meletop Era yang berlangsung tidak lama dulu. Kemenangan Ayda antaranya dalam kategori Penyanyi Paling Meletop mengalahkan Datuk Siti Nurhaliza bagaimanapun mendapat kritikan Netizen yang berpendapat Ayda tidak layak memenangi anugerah tersebut apatah lagi mengalahkan Siti.


 photo 12530838_1676039142663825_1998506487_n.jpg
Sebenarnya, Ayda terkesan dengan kecaman yang diterimanya sejak berlangsungnya majlis anugerah tersebut. Memberitahu Harian Metro, untuk menjaga hatinya, dia memadam dan menyekat komen negatif yang dihantar netizen di ruangan komen akaun Instagram miliknya :

Selepas kemenangan ini banyak komen negatif dan luahan tidak puas hati yang saya dengar.

Tertanya-tanya juga adakah menjadi satu kesalahan jika kemenangan berpihak kepada saya? Dua hari selepas majlis itu berlangsung, saya bertemu dengan Johan, Ray dan Haniff secara kebetulan.

Mereka banyak menasihati saya. Antaranya, jangan pedulikan kata-kata negatif yang dilemparkan orang ramai. Mungkin juga kerana sikap saya yang suka membaca komen peminat membuatkan saya tertekan dan hilang keyakinan.

Selepas mendengar nasihat Johan, saya abaikan semua komen tidak membina malah ada juga yang saya buang dan sekat di laman Instagram saya.

Ayda yang menyambut ulangtahun kelahiran ke-24 pada 17 Mac lepas juga memberitahu yang dia menang kerana undian oleh peminat-peminatnya dan sama ada dia popular atau tidak, dia menang kerana kerja peminat:

Saya menang hasil undian peminat. Popular atau tidak, itu semua kerja peminat. Sebagai artis saya perlu terus aktif berlakon dan menyanyi.

Syukur kelab peminat saya AJ Screamer tidak putus-putus menyokong pembabitan dalam bidang seni selepas keluar dari Akademi Fantasia musim ke-sembilan.

Tanpa mereka, tak mungkin saya berada di kedudukan sekarang. Bagi saya, selain keluarga, kelab peminat juga penting dalam membantu kejayaan anak seni.


 photo 1169761_1696645637220441_1378107471_n.jpg

Seperti yang pernah kami katakan sebelum ini, sudah adat pertandingan, pasti ada yang kalah atau menang. Pertandingan berdasarkan undian bergantung kepada jumlah undi yang diterima dan sekiranya ramai yang mengundi seorang artis dalam undian populariti, artis itu mungkin menang walaupun ia tidak mencerminkan realiti sebenar populariti artis tersebut.

Jadi peminat yang mahu artis yang diminati menang haruslah mengundi dengan gigih di kesempatan yang lain.

Pementasan Muzikal Randai "Cindua Mato" pada 25 & 26 Mac 2016 (8.30 malam) dan 27 Mac 2016 (3.00 petang) di Panggung Sari Istana Budaya! Sila dapatkan tiket² andayang berharga RM25/RM55/RM85 di http://redtix.airasia.com/Events/Teater_Muzikal_Cindua_Mato/ atau hubungi 03-2614 8200 samb. 8214/8260 untuk pertanyaan; atau terus ke Kaunter Tiket Box Office Istana Budaya untuk pembelian tiket dan maklumat lanjut. Potongan harga sebanyak 10% diberikan kepada pelajar, warga emas dan OKU serta pembelian secara pukal (20 tiket ke atas). Tiket-tiket juga boleh di dapati di premis seperti berikut: Rock Corner, The Gardens, Mid Valley (Tel: 03-2201 489303-2201 4893) Rock Corner, Subang Parade (Tel: 03-5613 113903-5613 1139) Rock Corner, The Curve (Tel: 03-7733 113903-7733 1139) Rock Corner, Bangsar Village (Tel: 03-2202 113903-2202 1139) Victoria Music, Sungei Wang (Tel: 03-2148 720803-2148 7208) Victoria Music, Amcorp Mall (Tel: 03-7956 059203-7956 0592) Victoria Music, Tropicana (Tel: 03-7722 295503-7722 2955) Artist Gallery, Gurney Plaza (Tel: 04-228 089604-228 0896) Artist Gallery, Queensbay Mall (04-6370191)

A photo posted by JKKN (@mysenibudaya) on


Comments are closed.

Loading...