Baru-baru ini, personaliti media sosial iaitu Andika Putera berkongsikan foto anak sulungnya, Alisha Puteri yang baru sahaja dilahirkan beberapa bulan yang lalu.
Beliau menegaskan bukan malu untuk berkongsi gambar anaknya yang mengalami sumbing, sebaliknya dia menunggu usia anaknya mencecah 44 hari sebelum dikongsikan kepada umum.
Anak hebat, anak luar biasa, anak yang kuat. Dika tak post gambar Alisha bukan takut mulut orang, tapi nak tunggu Alisha besar sikit.
View this post on Instagram
Jelas Andika, pada mulanya isteri dia iaitu Tasha sedih apabila mengetahui keadaan bayi dalam kandungan itu kerana kesian terhadap anaknya tetapi sekarang ini mereka menerima ujian ini sebagai tanda kasih sayang Allah SWT kepada mereka.
Andika memberitahu anaknya itu bakal menjalani pembedahan dalam tempoh tiga bulan akan datang dan mengharapkan sokongan serta motivasi daripada pengikutnya.
Jangan lupa ‘Like’ dan ‘Follow’ Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.