Pelakon, Mohd Hakim Lokman, 58, atau lebih dikenali sebagai Bob Lokman menerangkan bahawa dia tidak mahu banyak berfikir lebih-lebih lagi berkenaan tahap kesihatannya.
Menurut sumber, pelakon itu hanya mahu hidup tenang dan sentiasa positif walaupun kesihatan jantungnya berada pada tahap 10 peratus sahaja.
Bob Lokman turut menyatakan bahawa dia buat telah membuat rawatan namun berserah atas takdir Allah SWT berkaitan ajal dan usia.
Sekarang, saya hanya nak cari ketenangan diri dalam menghadapi ujian penyakit dan takdir Tuhan ini. Rawatan doktor pun dah saya lakukan, tapi Allah Maha Mengetahui. Dalam hidup ini, semua orang akhirnya akan mati juga,”
Pelakon itu turut memberitahu dia terpaksa menangguhkan temu janji bersama doktor berkaitan penyakit yang dihadapi kerana terlalu penat dan bergantung dengan pertolongan orang lain.
Selain itu, Bob juga hilang selera makan sejak Ramadan lalu dan hanya makan sekali sehari iaitu pada awal pagi.
Bob sebelum ini pernah menerima rawatan di Institut Jantung Negara (IJN) tetapi memberhentikan rawatan di hospital tersebut akibat masalah kewangan.
Selain itu, kami kongsikan artikel berkaitan pada pautan di bawah: