Bob Lokman Maklum Jantung Dah Baik, Tapi Paru-Paru Ada Masalah

Hiburan

Bob Lokman Maklum Jantung Dah Baik, Tapi Paru-Paru Ada Masalah

Pelakon, pelawak dan penulis lirik, Bob Lokman, kini telah beransur pulih dan dibenarkan untuk keluar dari Hospital Sultanah Bahiyah, Alor Setar Kedah pada 23 Oktober lalu setelah dua minggu menerima rawatan lanjut.

Bob Lokman
3 years ago

Sudah Lama Tak Jumpa Doktor, Bob Lokman Akui Masih 'Steady' Dan Sihat

Advertisement

Bob atau nama sebenarnya Mohd Hakim Lokman dihubungi oleh Harian Metro berkata dia kini dalam tempoh pemulihan dan pernafasan juga semakin baik, cumanya, pergerakan beliau masih terbatas dan perlukan rehat yang cukup termasuk kurangkan air dalam badan.

Untuk masalah jantung saya, alhamdulillah bateri itu okey. Namun, kini saya kena pastikan air dalam badan berkurangan dan tidak boleh berlebihan kerana masalah di paru-paru.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Bob Lokman (@bob_lokman)

Tambahnya lagi, pernafasan beliau juga sudah semakin baik, namun tidak boleh terlalu aktif dalam membuat sebarang pekerjaan dan perlu mendapatkan rehat yang secukupnya kerana keadaan kesihatan tidak sama seperti dahulu.

Bagaimanapun, pelakon filem Mantra itu berkata dia tidak mahu terlalu memanjakan dirinya dan akan membuat pergerakan biarpun ianya terbatas.

Bob Lokman semakin pulih

Bob yang sebelum ini mengalami masalah jantung selamat menjalani pembedahan membetulkan degupan jantung iaitu Cardiac Resynchronization Therapy & Defibrillator (CRTD) di Hospital Sultanah Bahiyah, Alor Setar Kedah pada awal Disember, tahun lalu.

Jangan lupa ‘Like’ dan ‘Follow’ Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...