Saya nak dia bahagia cuma dengan saya dan saya cuma nak bahagia hanya dengan dia. Saya taknak kongsi kasih sayang dengan orang lain.
Itu kata pelakon dan pengacara, Izzue Islam apabila mengulas tentang isu yang panas ketika ini iaitu kes curang terhadap pasangan.
Ambil langkah berjaga-jaga, risau curang
Kata Izzue, dia akan sentiasa hadir ke mana-mana acara dengan isteri yang juga pengurusnya, Awin Nurin bagi mengelakkan berlakunya hal-hal yang membawa kepada kecurangan.
Pelakon berusia 33 tahun itu juga akui ada perasaan bimbang akan berlaku curang jadi dia memilih untuk mengambil langkah berjaga-jaga.
Setakat ini tiada pun yang cuba nak ‘try’ saya cuma itu sebagai langkah berjaga-jaga tak nak tiba-tiba saya pula yang ‘try’ orang lain.
Manusia ni kan perasaan dia tunggang-langgang juga kadang-kadang. Takut satu hari saya jauh dengan isteri saya, tiba-tiba ‘bolehlah usha awek mana-mana kan?’
Mahu bagi kasih sayang sepenuhnya pada isteri
Dalam pada itu, Izzue juga berkata dia tidak mahu berkongsi kasih sayang dengan wanita lain selain daripada isterinya.
Kalau saya kongsi dengan orang lain nanti dekat dia tak cukup macam mana? Jadi saya nak bagi sepenuhnya kasih sayang apa yang sepatutnya seorang isteri dapat daripada seorang suami. Saya tak nak kongsi dengan orang lain.
Saya nak bagi dekat dia saja sepenuhnya supaya satu hari nanti andai saya tidak bersama dengan dia pun sekurang-kurangnya dia ingat suami saya tak pernah buat itu, tak pernah buat ini dan suami saya cukup bagi saya itu ini.