Sebelum ini, pelakon Puteri Sarah Liyana memuat naik hantaran di Instagram memohon agar suaminya, Syamsul Yusof untuk ‘melepaskannya’ kerana tidak rela dimadukan dengan isteri kedua, Ira Kazar.
Susulan itu, Syamsul meminta isteri pertamanya itu untuk pulang ke rumah dan berbincang bagi menyelesaikan masalah mereka secara bersemuka.
Bagaimanapun, Sarah tekad dan mengesahkan bakal menfailkan permohonan cerai dengan suaminya di Mahkamah Syariah Kuala Lumpur, pada Isnin depan.
Keputusan ini bukan dibuat dengan emosi, sebaliknya saya dah pertimbangkan banyak perkara sebelum nekad berbuat demikian.
Malah, pelakon berusia 38 tahun itu berkata dia turut mendapat persetujuan daripada kedua orang tua dan ibu bapa mentuanya yang menghormati pilihannya itu.
Menurut Sarah, sudah tiba masa untuk dia mencari kebahagiaan sendiri bersama anak-anak selepas lebih empat tahun membuka ruang dan peluang untuk suami.
Bagilah saya ketenangan menjalani kehidupan mendatang. Saya pun dah berfikir panjang sejak sekian lama.
Jelasnya lagi, dia sepatutnya menfailkan permohonan cerai semalam namun terpaksa ditangguhkan ke minggu depan atas urusan kerja.
Saya ada penggambaran di Port Dickson sampai pukul 4 pagi. Jadi urusan ke mahkamah dianjakkan ke awal minggu depan.
Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.