“Nak Dilepaskan? Awak Balik, Kita Bincang Di Rumah” – Syamsul Yusof Perjalas Kenapa ‘Block’ Puteri Sarah

Hiburan

“Nak Dilepaskan? Awak Balik, Kita Bincang Di Rumah” – Syamsul Yusof Perjalas Kenapa ‘Block’ Puteri Sarah

Pengarah terkenal, Syamsul Yusof telah memuat naik sebuah hantaran video di laman Instagram malam tadi susulan permintaan isteri pertamanya, Puteri Sarah Liyana yang mahu ‘dilepaskan’ kerana tidak rela dimadu.

Menerusi video tersebut, pengarah berusia 38 tahun itu menjelaskan dia mempunyai sebab kenapa terpaksa menyekat nombor telefon Sarah kerana mahu elak pergaduhan.

Advertisement

Menurut Syamsul, isterinya sering memarahi dan memaki hamunnya di telefon atau WhatsApp seperti tidak mempunyai rasa hormat terhadap dirinya sebagai suami.

Macam mana kita nak berkomunikasi kalau begitu? Ia memudaratkan jadi saya mengambil pendekatan untuk ‘block’ sebab saya tak nak hubungan kita bertambah keruh.

Tapi, saya sama sekali tak pernah menghiraukan awak. Saya cari rezeki untuk awak dan anak-anak. Awak mahu duit saya berikan, malah awak mahu dua orang gaji juga saya sediakan.

Bukan itu sahaja, Syamsul memaklumkan bahawa dia tidak suka untuk berkongsi hal rumah tangga di media sosial namun terpaksa bersuara untuk menangkis tanggapan buruk yang dilemparkan terhadapnya.

Saya ada ajak berbincang. Malah, kita juga ada berkomunikasi masa saya nak ambil anak-anak menerusi orang gaji, ibu saya, adik saya dan adik awak.

Kalau nak dilepaskan atau nak bersama, kita berbincanglah di rumah. Lebih baik kita berhenti membuka aib masing-masing di media sosial.

Dalam pada itu, pengarah filem Mat Kilau itu menganggap semua yang berlaku ini merupakan ujian daripada Allah SWT kepada dirinya.

Yang mengutuk saya, biarlah Allah saja yang membalas semuanya.

Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.

Puteri Sarah minta dilepaskan
1 year ago

"Saya Tak Rela Dimadukan.." - Syamsul Yusof Tak Ajak Berbincang, Puteri Sarah Minta Cerai

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

SUMBER : Instagram

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...