Saya Nak Bayar Tapi Abby Tak Mahu Terima Sebab Sikit Sangat – Farhan

Hiburan

Saya Nak Bayar Tapi Abby Tak Mahu Terima Sebab Sikit Sangat – Farhan

Hmmmm. Kesian juga kat Farhan tapi nak buat macam mana. Si pemberi hutang ada hak untuk meminta hutangnya dibayar sekali gus. Nak tak nak selaku penghutang, Farhan kenalah berusaha untuk mengembalikan wang yang dipinjam. Mungkin Farhan boleh berbincang elok-elok dengan bekas isteri. Buat satu ‘timeline’. Hari ini bayar RM5,000 dulu, bulan depan bayar lagi RM5,000 dan begitulah seterusnya. Buat ayat manis sikit. Orang perempuan nie mudah lembut hatinya. Tak gitu?

abby abadi farhan

Advertisement

Untuk makluman, Farhan pernah mahu memberikan RM5,000 terlebih dahulu kepada Abby Abadi, namun bekas isterinya itu menolak kerana mahu hutangnya dibayar sekaligus. Kata Farhan:-

Saya pernah minta untuk bayar sebahagian wang berkenaan tetapi dia enggan menerimanya dengan alasan jumlahnya terlalu sedikit. Saya benar-benar kesal dengan sikapnya itu.

Tidaklah sampai berpuluh ribu ringgit dan saya bukannya anak orang kaya sehingga sanggup berhutang dengan jumlah yang banyak tambahan pula gaji saya tidak tetap. Dakwaannya itu sengaja untuk merosakkan reputasi dan memalukan saya.

Saya masih bersabar dengan segala tindakannya kerana memikirkan dia mempunyai anak-anak dan saya tidak mahu mengeruhkan lagi keadaan. Hendak melawan semula saya tidak tahu untuk pergi ke saluran mana tambahan pula faktor kewangan yang terhad.

abby

Sebelum ini Abby telah membuat laporan polis kerana kegagalan bekas suaminya itu membayar hutang yang dikatakan mencecah puluhan ribu ringgit. Diharap mereka berdua dapat berbincang untuk menyelesaikan hal ini. Kesian juga kat Farhan. Masalah duit boleh diselesaikan. Lagipun sebelum ini kan pernah berkongsi hidup. Bincanglah elok-elok. Tak gitu? Sumber Mstar Online.

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...