Beautifulnara – Gosip Artis Malaysia Terkini

Hiburan

Farhan Bawa Lari Wang Saya Berpuluh Ribu Ringgit – Abby Abadi

Adui. Kesian sungguh nasib yang menimpa Abby Abadi. Sudahlah jodoh tidak berpanjangan dengan Farhan, rupa-rupanya bekas suaminya itu turut sama melarikan wang milik Abby yang berjumlah berpuluh ribu ringgit. Lagi sedih apabila usaha Abby untuk mendapatkan kembali wangnya tidak dilayan oleh Farhan sejak bulan puasa yang lalu. Pasti Abby kecewa dengan sikap tidak bertanggungjawab bekas suaminya itu.

abby abadi farhan

Advertisement

Nak tak nak, Abby Abadi terpaksa membuat laporan polis agar wangnya itu dikembalikan oleh bekas suami. Kata Abby Abadi:-

Kalau ikutkan dari awal lagi saya tak nak kaitkan dia lagi dan besar-besarkan kes ini tapi usaha saya untuk menuntut semula hak saya secara baik tidak dilayan. Dia gagal dihubungi dan langsung tak ada inisiatif untuk menyelesaikan masalah ini.

Janji-janji daripada dia kononnya untuk lunaskan wang itu daripada sebelum bulan puasa sampai bawa ke hari raya lalu langsung tidak ditunaikan. Sekarang dah lama raya habis dia masih berdiam diri.

Nak tak nak pada 25 Ogos lalu saya terpaksa buat laporan di Balai Polis Taman Melawati untuk tindakan selanjutnya. Saya harap tindakan undang-undang ini akan memberi pengajaran kepadanya yang bersikap lepas tangan selama ini

abby

Kesian pula Abang Nara dengan apa yang terjadi kepada Abby Abadi ini. Nasib malang bertimpa-timpa. Tak apalah, orang baik biasanya memang diuji oleh Allah. Anggaplah ini sebagai dugaan untuk menguji tahap kesabaran dan keimanan anda. Buat Farhan, tak macho dan tak gentleman lah anda bersikap sebegini. Kembalikan hak bekas isteri anda. Paling kurang bersemuka untuk meneranngkan hal sebenar. Tak gitu?

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawap langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawap anda sendiri.

Comments are closed.

Loading...
To Top