“Saya Naik Sebab Peminat” – Dituduh Sombong Dan ‘Besar Kepala’, Ryan Bakery Akui Rasa Tersinggung

Hiburan

“Saya Naik Sebab Peminat” – Dituduh Sombong Dan ‘Besar Kepala’, Ryan Bakery Akui Rasa Tersinggung

Nama selebriti TikTok, Ryan Bakery mula mendapat tumpuan semenjak video-videonya menjadi titipan netizen di media sosial.

Malah, disebabkan popularitinya itu, Ryan atau nama sebenarnya Muhammad Ryan Fahmi Bakery,27, kini meluaskan sayap apabila tampil sebagai tetamu jemputan dalam sitkom terkenal Sepahtu Reunion dan juga duta produk minuman Bubblebee milik Shuib Sepahtu.

Advertisement

Ryan juga difahamkan akan muncul di layar lakonan apabila dia bakal muncul dalam filem Hantu Kuat Ketawa arahan Mawi tidak lama sahaja lagi.

Namun, dalam meniti popularitinya itu, Ryan didakwa mula sombong dan besar kepala oleh sesetengah orang.

Kata Ryan, dia berasa tersinggung dengan tuduhan tidak berasa itu namun menganggap bahawa ia adalah lumrah memandangkan dia kini sudah terlibat dalam dunia seni.

Jelasnya lagi, waktu glamor yang dikecapinya kini tidak akan mengubah personalitinya sebagai seorang yang gemar berjenaka.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by ryanbakery (@ryanfahmibakery)

Sekiranya ada yang ingin tahu boleh sahaja datang menegur saya. Saya ini orangnya ‘masuk air’ dan ‘gila-gila’.

Tiada sebab saya hendak bersikap sombong kerana pengikut media sosial yang banyak memberi sokongan kepada saya. Tanpa mereka, saya bukan siapa-siapa.

Perkembangan lain, Ryan berkata bahawa dia ingin fokus kepada tawaran filem kerana tempoh penggambaran yang tidak terlalu panjang dan masih lagi fokus kepada ‘content’ media sosial.

Sekadar info, nama Ryan menjadi bualan netizen apabila dia sering memuat naik siri video nostalgia zaman kanak-kanak di TikTok yang mempunyai jutaan pengikut.

Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.

ryan bakery wafariena
4 bulan lalu

"Harap Tak Lupa Diri" - Ryan Bakery Minta Wafariena 'Jangan Sentuh' Ketika Berlakon Buat Netizen Kagum

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Tinggalkan Komen Anda Di Sini

Loading...