“Harap Tak Lupa Diri” – Ryan Bakery Minta Wafariena ‘Jangan Sentuh’ Ketika Berlakon Buat Netizen Kagum

Hiburan

“Harap Tak Lupa Diri” – Ryan Bakery Minta Wafariena ‘Jangan Sentuh’ Ketika Berlakon Buat Netizen Kagum

TikTokers yang semakin menempa nama dalam industri hiburan tempatan, Ryan Bakery semalam ada membuat kemunculan dalam rancangan komedi popular, Sepahtu Reunion Live 2022.

Bertindak sebagai ‘cameo’, Ryan membawa peranan sebagai Aman, seorang budak sekolah yang kurang bernasib baik, sama seperti watak video-video TikToknya yang menjadi tular di media sosial.

Advertisement

Dalam episod semalam, antara pelakon yang turut membuat kemunculan adalah Wafariena sebagai Cikgu Nadia.

Namun, dalam keriuhan program tersebut dengan gelak tawa penonton, terdapat satu babak yang membuatkan penonton dan netizen teruja selain berharap agar sikap yang ditonjolkan Ryan itu dapat kekal sampai bila-bila.

Ryan dilihat spontan mengeluarkan dialog dan meminta Wafariena agar tidak memegangnya ketika mereka berdua hampir bersentuhan.

Jangan pegang saya cikgu

Menjengah ke ruangan video yang kemudiannya menjadi tular di TikTok itu, rata-rata netizen meluahkan rasa kagum dengan lelaki itu yang cuba menjaga batas ketika sedang berlakon.

Dalam pada itu, ramai juga yang teruja apabila melihat kemunculan Ryan Bakery dan sahabat baiknya, Wanchai dalam rancangan itu meskipun hanya sekadar cameo.

Ryan Bakery yang kini duta produk minuman Bubblebee milik Shuib Sepahtu mula mencuri tumpuan netizen apabila video TikToknya yang mengetengahkan topik dan kenangan pada tahun 90-an telah mengumpul peminatnya yang tersendiri.

Selain itu, kami kongsikan artikel trending pada pautan di bawah.

the sara sisters
2 years ago

"Cantik-Cantik Semuanya" - Dulu Aktif Di TikTok, Kini The Sara Sisters Dah Jadi Penyanyi Pop

 

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

SUMBER : TIkTok

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...