“Saya Muka Awam Bukan Muka T20..” – Shuib Menegaskan Hidupnya Sederhana Tak Mewah, Isu Caruman & Bayaran Gaji Dah ‘Settle’

Hiburan

“Saya Muka Awam Bukan Muka T20..” – Shuib Menegaskan Hidupnya Sederhana Tak Mewah, Isu Caruman & Bayaran Gaji Dah ‘Settle’

Pelawak dan usahawan sensasi, Shuib sekali lagi menafikan dirinya hidup mewah dan berasa hairan apabila dituduh hidup gaya T20 oleh rakyat Malaysia. Katanya, apa-apa yang dimuat naik di laman sosial itu hanyalah atas tuntutan kerja dan bukan realiti kehidupannya.

Tambahnya lagi, jika dilihat dirinya tidur di hotel dan bercuti sana sini, kebanyakkannya adalah di sponsor oleh client atas dasar review yang dibuat olehnya berkenaan tempat itu.

Advertisement

Selain ada perniagaan sendiri, saya juga penyampai radio. Jadi janganlah kata saya bermewah, saya biasa saja. Saya muka awam, bukan muka T20.

Seramai 300 pekerja telah dimaklumkan berkenaan pembayaran KWSP. Isu tersebut telah pun selesai.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Shuib Sepahtu (@shuibsepahtu)

Ekoran isu caruman KWSP dan bayaran gaji sebelum ini, Shuib berkata dirinya menganggap perkara tersebut sebagai satu pengajaran hidup baginya sebagai seorang majikan yang mempunyai ramai pekerja. Dirinya juga tidak akan sedar dengan masalah berkenaan jika tidak dicuit dengan perkara begini ujarnya.

Bukan itu sahaja, kata pelawak ini juga, dia sanggup tidak mengambil sebarang gaji untuk dirinya sendiri bagi memastikan kondisi kewangan syarikatnya itu benar-benar kukuh dan pekerjanya semua dibayar. Shuib juga tidak berat hati untuk turut mengeluarkan dananya sendiri untuk disalurkan kepada kebajikan pekerjanya.

Selain itu, kami kongsikan juga artikel trending yang lain pada pautan di bawah.

wt
5 months ago

"Ada 'Good News' Ke Tu?" - Watie Hanifiah Dikatakan Sedang Berbadan Dua, Netizen Ucap Tahniah Anak Shuib Ada Adik Baru

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

SUMBER : Portal

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...