“Ada ‘Good News’ Ke Tu?” – Watie Hanifiah Dikatakan Sedang Berbadan Dua, Netizen Ucap Tahniah Anak Shuib Ada Adik Baru

Hiburan

“Ada ‘Good News’ Ke Tu?” – Watie Hanifiah Dikatakan Sedang Berbadan Dua, Netizen Ucap Tahniah Anak Shuib Ada Adik Baru

Pasangan suami isteri ini sedang hangat menjadi bualan netizen apabila isteri kepada pelawak dan penyampai radio terkenal Shuib, Watie Hanifiah dikatakan sedang mengandung apabila sebuah video mereka berjaya meraih perhatian orang ramai.

Video pendek yang memaparkan gambar mereka berdua dengan sejambak bunga serta belatarkan lagu romantik, warganet mula membuat spekulasi bahawa Watie telah pun menerima berita gembira bahawa dirinya sedang berbadan dua.

Advertisement

Macam pregnant je Watie.

Ada good news ke tu?

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Shuib Sepahtu (@shuibsepahtu)

Namun begitu, pasangan suami isteri ini masih lagi tidak memberikan sebarang respon berkenaan dakwaan tersebut. Mereka terlihat tidak menafikan mahupun mengiyakan kenyataan berkenaan.

Meskipun begitu, para followers tetap mendoakan kebahagiaan mereka jika betul mereka telah dikurniakan cahaya mata. Ramai pasti Watie akan menjadi seorang ibu yang penyayang dan baik hati jika dilihat caranya melayani anak-anak kepada Shuib dan arwah Siti Sarah.

Sebelum ini, pasangan ini akui anak-anak sering meminta mereka untuk ‘memberikan’ adik baru namun Watie menganggap masa belum sesuai kerana dirinya masih lagi ingin fokus kepada yang sedia ada.

Selain itu, kami kongsikan juga artikel trending yang lain pada pautan di bawah.

shuib sepahtu
6 months ago

"Hari-Hari 'Order' Adik Baru Tapi Mereka Tidur Sekatil Bersama, Jadi Macam Mana?" - Shuib Sepahtu

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

SUMBER : Instagram

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...