Saya Muat Naik Video Danish Bukan Sebab Mahu Minta Pujian – Norman Hakim

Hiburan

Saya Muat Naik Video  Danish Bukan Sebab Mahu Minta Pujian – Norman Hakim

Video anak Norman Hakim yang memberikan tazkirah tentang jerebu sudah menjadi viral di media sosial. Dek kerana itu, aktor Norman Hakim, bekas isterinya Abby Abadi serta Memey Suhaiza di hujani dengan begitu banyak komen yang memuji mereka  sudah berjaya mendidik Mohd Danish Hakim dengan baik.

Advertisement

Walaubagaimanapun, Norman menjelaskan tindakan beliau untuk memuat naik video tersebut bukanlah kerana ingin meminta pujian tetapi berniat mahu  orang ramai mengambil ikhtibar akan bencana jerebu yang sudah melanda beberapa negara di Asia sejak 2 bulan lalu.

Sebenarnya, Danish tak tahu saya rekod senyap-senyap ketika dia berbicara tetang Jerebu. Saya bangga kerana daripada kata-katanya itu memperlihatkan bahawa dia sangat matang, malah secara tak langsung saya juga perasan pengetahuannya lebih luas daripada saya tentang bencana alam dan kiamat.

Saya muat naik video itu bukan sebab mahu meminta pujian. Sebaliknya saya ingin berkongsi kata-kata berguna Danish itu kepada orang ramai supaya kita sedar dan ambil iktibar mengenai bencana itu. Itu saja.

Pada masa yang sama Norman juga mengakui terkejut apabila Danish telah membuat perjanjian untuk mengajar beliau menghafaz Al-Quran sekiranya Norman berjaya melatih anak lelakinya itu memiliki bentuk badan yang lebih sasa dan sihat seperti dirinya.

Danish ada beritahu saya yang dia mahu jadi fit macam saya dan bercita-cita nak bina badannya dengan mendapat guideline serta tunjuk ajar daripada saya. Saya gembiralah kerana sebelum ini badannnya agak berisi dan saya ada suruh dia kuruskan sedikit badannya.

Tapi katanya ada syarat. Jika dia sudah jadi sado, dia mahu saya pula hafaz Al-Quran seperti dia yang kini sedang dilatih menjadi Hafiz di sebuah sekolah agama di Bangi. Saya terkejut juga bila dia buat perjanjian seperti itu. Tapi dalam masa yang sama saya bangga punya anak macam dia. Bersyukur sangat diberi peluang untuk belajar Al-Quran dengan anak yang juga darah daging saya sendiri.

Pada kami Norman Hakim, Abby Abadi dan Memey Suhaiza cukup beruntung ada anak seperti Danish. InshaAllah, mungkin ini salah satu cara Allah SWT untuk mendekatkan lagi keluarga Norman denganNya dan mendalami ilmu agama dengan lebih baik.

Sumber Berita: Murai

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...