Written by Bella | October 30th, 2015

Beberapa hari lepas, anak sulung Norman Hakim iaitu Mohd Danish Hakim telah mendapat pujian daripada orang ramai selepas aktor itu memuat naik beberapa siri video anaknya itu memberi tazkirah tentang jerebu dan juga sempat mengaji dengan alunan suara yang cukup merdu serta menenangkan.

Danish dalam video tersebut menjelaskan jerebu yang sudah dua bulan melanda beberapa negara di Asia itu sebenarnya adalah salah satu bentuk peringatan daripada Allah SWT buat hambaNya.

Berdasarkan video tersebut, ramai yang berpendapat Norman, Abby Abadi serta isterinya Memey Suhaiza sudah berjaya menggalas tanggungjawab sebagai seorang ibu bapa yang baik kepada Danish yang kini sedang menuntut di Madrasah Uthmaniyah Smart Tahfiz.

Berikut kami sertakan video yang diambil daripada beberapa bahagian di Instagram Norman dan dicantumkan menjadi satu bahagian khas untuk tatapan anda. Sama-sama kita dengarkan tazkirah yang cukup hebat daripada seorang kanak-kanak yang baru berusia 12 tahun ini.

Sumber Berita Dan Video: Instagram Norman Hakim

23 responses to (VIDEO) Anak Norman Hakim Beri Tazkirah Tentang Jerebu Dan Mengaji Dengan Suara Yang Merdu

  1. amoi says:

    Aku suka dgr danish mengaji…sedap suara dia…

    tahniah danish..walaupon ade sesetgh org suka kutuk mama danish, sekurg2nya dia ada anak yg bagus mcm danish..berbanding org yg selalu kutuk mak danish tu, lom tentu dorg ade anak2 bagus mcm adik…hahaha..

    0

    0
    • Anonymous says:

      jerubu terjadi sebab indonesia gagal meramal al nino dan beberapa bulan x dpt hujan dan terjadinya titik2 panas di selatan sumatera dan kalimantan. ditambah pula dgn aktiviti pembakaran hutan utk sumber pelandangan dan angin yg bertiup ke arah semenanjung. walaubagaimana pun, suara adik ni mmg sedap. tahniah kerana mencuba.

      0

      0
      • kak semahs says:

        nasib baik dia x salahkan najib dan umno…

        hehehehe

        0

        0
        • kiah says:

          bagus tu dik. adik belajar agama tinggi2 taw.
          nanti besar sikit pergi mesir hafal al- quran mcm anak kak pah aini. jgn masuk isis dah le….buat malu nama islam je.

          0

          0
    • minah jambu says:

      dh besar anak si norman ngan abby ni danish nama nye ye..dh besar dia memang hensem..helo danish sayangi lah ibu dn ayah ok lebih2 lagi ibu yg mengandongkn u dn melahirkn..semoga berjaya dlm semua bidang..

      0

      0
  2. Rose gedel says:

    Satu thumb’s up buat Abby abadi kerana walaupun penuh cerita
    Kahwin cerai…. Pembelajaran anak sulong beliau tidak diabaikan.

    Kalau difikirkan maka itu Allah maseh memberi beliau rezki dengan
    Suami yang baik2 harap2 ini suami yang terakhir anda ye!!

    Rezki Allah Abby jagalah dengan baik jugak ok

    0

    0
  3. Anonymous says:

    kalau bukan abby meroyan menuju ke arah agama di sebabkan oleh norman hakim dan Memey belum tentu anak ini jadi begini. mungkin Tuhan beri hidayan akibat perbuatan norman hakim dan memey anak jadi baik, kerana mahu bertanding dengan abby maka terpaksa lah memey pakai tudung. kalau tidak masih telanjang hingga sekarang. tahnia abby walaupun di kutuk selalu tapi meroyan awak adalah ke arah agama bukan buka2 macam artis sekarang

    0

    0
  4. anonymous says:

    Itu lorh bukn meroyon tak ade quality bgi stgh2 org tuh tengkap negetive je,alhamdulillah ade saham dunia akhirat saham anak y soleh n solehah

    0

    0
  5. aku says:

    wahhhhhh sejuk hati tgok
    xmcm anak che ta, geli geleman. skali tgok rasa nak sepak, dua kali tgok rasa nk cmpak. gay boy je lebih

    Danishni sah2 besar nanti hensem, mab bapak cun kot. kalau ikut bapak dia body building, sah2 sado dia>>>>>>>>>>>>>>>>>> ammar si cicak keding haha

    0

    0
  6. Anonymous says:

    nak puji, puji je laa…tak yah nk kutuk anak org lain plak…anak che ta pun pandai jg tapi may be dia tak tunjuk…masa depan siapa tau…

    0

    0
  7. suresh says:

    Orrang bakar, asap keluar maka jerebu terbentuk…..tak ada kena mengena dengan agama…..tu le jadinye kalau belajar agama saja tanpa belajar sains

    0

    0
    • Anonymous says:

      Betul…betul….membakar tu, perbuatan manusia. 2×5 meroyan pasal agam tak tentu pasal mcm mak dia.

      0

      0
    • Anonymous says:

      Bukan islam ka hang ni chor? Kalo bukan xpe la aku memahami. Kalo islam pih ngaji dgn ustad naa..

      0

      0
  8. anonymous says:

    Org bakar mmg loh asap,tapi klu Allah turun kn hujan tak loh terbentuk jerebu atau angin mmbawa jerebu dok stay lagi pun kita tgk kat mna2 negeri ada y tak kuat jerbu dye psal hutan2 pokok still ada mcm kat spore n some msia cna nak jerebu nak hilang tu tmasuk gak bab agama envorment n typikal human

    0

    0
  9. minah jambu says:

    kalau indon tk bakar hutan mana ada asap asap jerebu kt malaysia n singapore sampai kena tutop sekolah jerebu punye pasal !

    0

    0
  10. jahil kah aku says:

    bia la tebako terok asap cmne pon…klo dah Allah tu x izinkn…mmg x jadik ler jerebu bgai tu…rujuk la pd al quran even setinggi mne pon pngtahuan sains tu…

    0

    0
  11. Bob says:

    Ok. Aku nak Tanya sume ustaz/ustazah kat sini. Aku baca Quran dah lama tamat sampai Juz 30. Bagi lah apa apa muka surat suruh baca memang aku boleh baca…siap tajwid sekali. Tapi aku tak faham segala apa yang aku baca sebab Quran tu dalam bahasa Arab. Aku tak tahu bahasa Arab. Macam kebanyakkan orang Melayu kita. Lain lah yang pergi belajar kat sana. Dio orang paham walaupun bahasa AlQuran bahasa Arab Lama. Sekarang aku baca Quran yang di terjemah dlm Bahasa Melayu supaya faham. Ok tak tu?

    0

    0
    • xyah ustaz/ustzh nk sekolahkan ko says:

      Alasan je ni. Nak seribu daya, xnak seibu dalih. Sambil baca al-Quran, beleklah Tafsir. Lg satu, jgn generalize ketaktahuan nak menghayati maksud al-Quran tu kat org Islam yg lain. Bahaya utk reputasi Islam okeh??

      0

      0
      • Bob says:

        Fact is memang ramai orang dewasa dan anak2 dikalangan orang Melayu kita yang sudah tamat ngaji tapi tak faham apa yang di baca, setakat suka dengar kemerduan bacaan sahaja. Berapa ramai yang rajin ‘membelek’ tafsiran seluruh surah yang dibaca? Baca translation sikit2 sana sini tu ramai lah. Baca translation satu hal..nak faham apa maksud translation tu satu hal lagi. Tol tak?

        0

        0
  12. elhefe says:

    Bagus tu usaha didik anak ke arah agama. Boleh tolong cuba tanyakan Norman soalan ni… Bacaan danish tu bunyinya macam Surah Jumuah. Kalau betul itu surah yang dibaca, ada sedikit kesalahan hafazan dan bacaannya.

    0

    0
  13. setuju sesangat says:

    yeee…aku tersangat lah stju nye dgn ‘[email protected]… nick nye pjg benor.. klo ye pon dh hapal 30juzuk tu x kn x reti2 nk bce yg tafsiran nye…katenye dh lme tamat tp sgt2 merugikn…sbb lgsung x phm… x yh nk gebang laa wei ko dh hapal 30juz tu…

    0

    0