“Saya Mohon Maaf, Merdeka Palestin!” – Tersasul Laung ‘Hidup Israel’, Zahid Hamidi Mengaku Khilaf

Berita

“Saya Mohon Maaf, Merdeka Palestin!” – Tersasul Laung ‘Hidup Israel’, Zahid Hamidi Mengaku Khilaf

Melalui platform media sosial, tular video Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi tersasul melaungkan ‘Hidup Israel’ ketika memberi pidato di Himpunan Pembebasan Palestin, malam tadi.

Tersasul laung ‘Hidup Israel’

Susulan video tersebut tular, ramai netizen yang meluahkan rasa tidak puas hati dan kesal dengan kata-kata Zahid Hamidi itu.

Advertisement

Sedar mengenai hal tersebut, melalui platform Facebook, Timbalan PM itu tampil membuat permohonan maaf kepada rakyat dan mengakui khilaf sendiri akibat terlalu bersemangat.

Mohon maaf, mengakui khilaf sendiri

Saya hadir bersama ribuan rakyat Malaysia bagi memberi dokongan dan tanda solidariti kita untuk pembebasan Palestin. Dalam keghairahan dan rasa penuh semangat tadi, saya memohon maaf atas kekhilafan saya dalam berbicara.

Dalam pada itu, Zahid Hamidi turut berkata perhimpuan yang dilakukan di Axiata Arena, Bukit Jalil itu bagi memperingati As-Syahid Al Mujahid Ismail Haniyeh yang telah dibunuh dengan kejam oleh Israel.

Namun, walau seorang Ismail Haniyeh gugur ribuan mujahid lagi akan dilahirkan.

Zahid hamidi doktor
1 year ago

"Nak Membongak Pun.." - Kononnya Buat Pembedahan Saraf Mata, Doktor 'Kantoikan' Alasan Nurul Zahid Hamidi

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

SUMBER : Facebook

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...