Isteri kepada Allahyarham Suhami Saad memaklumkan bahawa suaminya pergi dalam keadaan tenang ketika dirawat di Unit Rawatan Rapi, Hospital Sultan Ismail malam tadi.
Nordiana Mohd Naim atau lebih dikenali sebagai Ina Naim berkata dia mencemburui dan reda dengan pemergian suaminya itu yang meninggal dunia akibat komplikasi jangkitan kuman pada paru-paru.
Masa arwah hidup, dia pernah cakap memang nak usianya sampai 43 tahun sahaja dan tarikh lahir dia 12 Oktober masa itu dia dah mula sakit.
Ina Naim juga memohon doa dan memanjatkan permohonan maaf mewakili Suhaimi Saad.
Saya mohon maaf jika suami saya tersilap kata atau ada menyinggung perasaan mana-mana pihak atau termakan, terminum atau terambil saya memohon maaf bagi pihak dia.
Sekadar info, Allahyarham Suhaimi yang juga bekas anggota kumpulan nasyid In-Team itu telah mendirikan rumah tangga bersama Ina pada 12 Ogos 2007.
Hasil perkongsian hidup, mereka dikurniakan empat orang cahaya mata iaitu Ehmad Hadie Elfardie,15, Sallman Elkhoyri,13, Phyrosh Elfadwah,11 dan Nur Layla Elghufrony,9.
Jenazah arwah Suhaimi akan dimandi dan dikafankan di Jabatan Forensik HSI sebelum dibawa pulang ke rumah keluarga Ina di Felcra Sungai Ara, Kota Tinggi dan akan dikebumikan pagi ini.
Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.