Suhaimi Saad Kembali Ke Rahmatullah Jam 7.42 Malam Sebentar Tadi

Hiburan

Suhaimi Saad Kembali Ke Rahmatullah Jam 7.42 Malam Sebentar Tadi

Penyanyi dan juga bekas anggota kumpulan nasyid In-Team, Suhaimi Saad dilaporkan telah menghembuskan nafas terakhir kira-kira jam 7.42 malam sebentar tadi.

Berita duka itu turut diuar-uarkan penyanyi Hafiz Hamidun menerusi satu hantaran di aplikasi X untuk pengetahuan peminat.

Advertisement

Terdahulu, suami kepada Ina Naim itu dilaporkan terpaksa ditidurkan dan bergantung sepenuhnya kepada alat bantuan pernafasan.

Allahyarham juga dikatakan mengalami jangkitan setelah batuk kronik sejak empat bulan lalu, cirit birit selama tiga bulan selain berat badannya turut turun mendadak.

Difahamkan, arwah juga sudah berada di hospital sejak Jumaat yang lalu.

Sekadar info, Suhaimi dan isteri, Ina Naim berkahwin pada 12 Ogos 2007 dan hasil perkongsian hidup mereka dikurniakan 4 orang cahaya mata.

Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.

suhaimi saad tiktok
6 months ago

Suhaimi Saad Seakan Tahu Kesihatan Akan Merosot, Sempat Minta Maaf Di TikTok - "Terima Kasih Atas Segala Kebaikan..."

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

SUMBER : X

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...