Semalam, Malaysia telah digemparkan dengan berita nahas helikopter milik Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) yang terhempas di Pangkalan TLDM Lumut, Perak yang mengorbankan sepuluh anggota mereka masing-masing tujuh kru Helikopter Operasi Maritim (HOM-AW139) dan tiga lagi kru Fennec TLDM.
Turut membayangkan keluarga
Ekoran berita tersebut, pengacara Dayah Bakar mengakui turut terkesan dan tidak boleh membayangkan apa yang dialami ahli keluarga mangsa yang terkorban.
Saya tak boleh bayangkan dari memikirkan orang yang mereka sayangi, isteri mereka, suami, adik beradik, ibu bapa dan anak-anak yang menanti mereka.
Siapa sangka mereka keluar mencari rezeki bertugas dan pulang menghadap Ilahi, tidak bersama keluarga mereka lagi.
View this post on Instagram
Jaga tatasusila
Dalam pada itu, Dayah turut memberi nasihat kepada rakyat Malaysia untuk menjaga sensitiviti terhadap mereka yang terlibat dalam kejadian tersebut. Katanya, orang ramai perlu menjaga kata-kata ketika meninggalkan komen di media sosial.
Jadi di waktu ini, saya minta semua mendoakan kekuatan buat ahli keluarga dan mendoakan semua mangsa ditempatkan dikalangan orang beriman dan diampunkan dosa.
Saya juga minta semua untuk menjaga tatasusila dan kata-kata dalam meninggalkan komen kalian di platform media sosial. Saya ajak semua buat kebaikan.
View this post on Instagram
Sekadar info, suami kepada Daya iaitu Muhammad Hanif Hamidi juga merupakan seorang pegawai tentera berpangkat kapten.
Terdahulu, tular video di media sosial sebuah helikopter yang bertembung dengan sebuah helikopter sebelum kedua-duanya akhirnya terjunam.