Beautifulnara – Gosip Artis Malaysia Terkini

Hiburan

“Saya Minta Maaf Pakaian Saya Tak Senonoh..” – Kena Sindir Dengan Pendakwah, Caprice Tersinggung

Caprice

Penyanyi rap Caprice yang kini sedang berada di Gaza, Palestin untuk kerja-kerja amal dan kemanusiaan mengakui dirinya berasa tersinggung kerana ‘disindir’ tentang cara berpakaian dan gaya rambut yang bagi pendakwah tersebut tidak sesuai.

Meskipun teguran pendakwah tersebut tidak ditujukan secara langsung buat dirinya, Caprice menganggap tindakan serta sindiran sedemikian rupa tidak sepatutnya keluar daripada mulut seorang yang ‘kuat agama’.

Advertisement
View this post on Instagram

A post shared by Caprice (@capriceofficial)

“Saya terasa sikit ramai DM saya pada satu posting di mana seorang yang beragama sindir orang macam Caprice. Katanya dengan rambut dan pakaian macam saya, macam mana boleh sampai untuk membantu Palestin?”

Kata Caprice, ini bukan kali pertama dia melakukan kerja amal sedemikian rupa dan turut memohon maaf jika gaya pemakaian serta rambutnya tidak senonoh di mata pendakwah itu.

Perkara tersebut diluahkan Caprice menerusi sebuah hantaran video di Instagram miliknya, baru-baru ini.

View this post on Instagram

A post shared by Caprice (@capriceofficial)

Tambahnya lagi, umat Islam haruslah bersatu dan bukan berpecah-belah dengan isu remeh seperti itu.

Advertisement

Difahamkan juga Caprice kini sedang berada di Kaherah, Mesir dan sedang dalam misi kemanusiaan sebelum memasuki Gaza dan Palestin.

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawap langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawap anda sendiri.

5 Comments

  1. tecit

    July 6, 2021 at 11:30 am

    niat baik xperlu ditunjuk kan pada pakaian luaran. die berpakaian mcm tu xsemestinya die xdpt menarik lebih org muda yg mcm die utk mengenali islam. xsemestinye dgn ber’topeng’kan (berpakaian) dpt tarik lebih ramai org mendekati islam. sgt xsetuju dgn ustaz terbabit. way to go caprice.

  2. Anonymous

    June 29, 2021 at 7:58 am

    Don’t judge the book by its cover. Tahap keimanan seseorang tidak bergantung pada luaran sahaja.
    Apapun support caprice semoga di permudahkan urusan di Palestine.

    • Anonymous

      June 29, 2021 at 9:58 am

      Betul. Applaud him for taking the initiative and doakan misi dia dan team dia dipermudahkan di sana. But yelah, I don’t see anything wrong in the way dia berpakaian.

  3. Anonymous

    June 28, 2021 at 11:47 am

    Insya Allah perbetulkan cara penampilan di masa akan dtg. Luv you & all the teams involved. SAFE PALESTINE.

    • Anonymous

      June 29, 2021 at 9:57 am

      Perbetulkan penampilan? Penampilan harian dia atau cara dia berpakaian di Gaza nanti? Kalau khusus nak menyoal cara dia berpakaian harian, tak nampak di mana besar salah dia. Bagaimana patut dia berpakaian/bertrampilan yang betul?

Tinggalkan Komen Anda Di Sini

Loading...

2020 © Nara Media Sdn Bhd. All Rights Reserved.

Sebahagian daripada kumpulan iMedia Asia.

To Top