Saya Minta Maaf Pada Semua Dan Memaafkan Mereka Yang Fitnah Saya – Izreen Azminda

Hiburan

Saya Minta Maaf Pada Semua Dan Memaafkan Mereka Yang Fitnah Saya – Izreen Azminda

Ingin membuka lembaran baru sempena tahun 2018, pelakon Izreen Azminda yang memohon maaf sekiranya beliau ada menyakiti hati mana-mana individu sepanjang tahun lalu.

Advertisement

Turut menjadi mangsa kecaman netizen terutama sekali berkaitan kontroversi beliau mendirikan rumah tangga bersama Ude Wahid yang berstatus suami orang, Izreen pada masa yang sama memaafkan semua yang memfitnah serta mengaibkan beliau.

Luahan itu dimuat naik oleh Izreen menerusi akaun Instagramnya dimana beliau juga memohon orang ramai mendoakan yang baik-baik sahaja buat dirinya.

Terdahulu, pengakuan Izreen yang sudah bernikah secara rahsia bersama Ude menggemparkan peminat dunia hiburan tempatan kerana perkahwinan itu tidak mendapat keizinan isteri pertama Ude iaitu Intan Liana.

Baru-baru ini, Izreen sekali lagi mencetuskan kemarahan orang ramai apabila bergambar mesra dengan suami serta ibu mertuanya ketika sambutan hari jadi anak-anak tirinya yang dianjurkan oleh beliau. Netizen mempersoalkan mengapa Izreen tidak menjemput Intan.

 

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...