Saya Minta Hans Kongsikan Kepada Umum Kandungan Mesej ‘Friendly’ Itu – Fazura

Hiburan

Saya Minta Hans Kongsikan Kepada Umum Kandungan Mesej ‘Friendly’ Itu – Fazura

Kontroversi pelakon Nur Fazura yang didakwa membuat keputusan sendiri mengenai gandingan bersama Fattah Amin di FFM 30 nampaknya masih belum ada kesudahannya.

Advertisement

Datuk Hans Isaac sebelum ini berkata beliau enggan memberikan komen lagi mengenai isu tersebut. Namun, Fazura dalam kenyataan terbaru meminta agar Hans mendedahkan kepada umum butiran kiriman mesej yang didakwa menuduh beliau bersikap tidak profesional serta tidak menghormati artis lain.

Apabila saya menerima mesej daripada Hans, saya merujuknya kepada pihak pengurusan, Universal Music. Mesej yang dihantar Hans, menuduh saya tidak bersikap profesional kerana mengenakan syarat meminta Fattah untuk naik bersama ke pentas.

Sekali lagi, saya sekadar memenuhi permintaan pihak produksi, iaitu Astro. Saya hanya menjalankan tugas sebagai penyampai trofi dengan mengikut arahan yang diberi demi kelancaran majlis.

Sehubungan itu, saya mengalu-alukan Hans untuk berkongsi mesej yang ditujukan buat ‘kawan’ itu supaya orang ramai dapat membuat penilaian sendiri berhubung isu ini.

Terdahulu, Hans menjelaskan beliau hanya bertanya secara baik dengan Fazura kerana keliru sepatutnya penyampai anugerah semuanya terdiri daripada barisan pemenang FFM yang lalu. Kata Hans, mesej itu bersifat peribadi antaranya dan Fazura yang sudah dikenali selama 16 tahun dan beliau tidak pernah membongkarkan perbualan mereka itu kepada mana-mana pihak.

Sumber Berita : BH ONLINE

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...