Sedia maklum, 20 April yang lalu penyanyi Radhi OAG telah ditahan di kawasan kediamannya selepas dipercayai memukul bekas isteri, namun Radhi mengakui tidak bersalah atas tuduhan terbabit.
Terbaharu pula, penyanyi ini telah merayu kepada bekas isterinya, Nur Shahira Ayu agar menarik balik tuduhan memukul dan mencederakan wanita terbabit.
Tidak mahu memanjangkan kes yang sudah berlaku, Radhi memberitahu dirinya sudah membuat permohonan maaf kepada bekas isteri dan berharap agar kes ini dapat diselesaikan dengan cara baik.
Menerusi temubual bersama pihak mStar, sebelum ini bekas isteri pernah kata perkara yang berlaku kelakar, jadi seandainya kelakar, Radhi merayu agar tidak meneruskan kes yang berlaku dan menarik semula.
Dalam pada itu, Radhi berkata dia tidak kisah apa yang ingin dilakukan oleh bekas isterinya selepas ini dan merasakan tiada guna melanjutkan kes ini jika boleh diselesaikan dengan cara baik.
Tambahannya lagi, dia ada meminta bantuan daripada bekas ibu mertuannya untuk menghubungi Ayu berikutan mahkamah telah menetapkan syarat Radhi tidak boleh menganggu bekas isteri sehingga kes selesai.
Selain itu, kami kongsikan artikel trending pada pautan di bawah.