“Saya ‘Menyembuhkan’ Manusia ” – Trump Jana Imej Dirinya Sebagai Nabi Isa Undang Kritikan Ramai

Dunia

“Saya ‘Menyembuhkan’ Manusia ” – Trump Jana Imej Dirinya Sebagai Nabi Isa Undang Kritikan Ramai

Presiden Amerika Syarikat, Donald Trump dilaporkan memadam satu ilustrasi yang dimuat naik di media sosial selepas menerima bantahan daripada pemimpin agama yang menyifatkannya sebagai penghinaan.

Menurut laporan media, imej tersebut dikongsikan menerusi platform Truth Social miliknya, memaparkan Trump dalam jubah merah putih sambil menyentuh dahi seorang lelaki seolah-olah sedang menyembuhkan, dengan cahaya bersinar dari tangan dan kepalanya.

Advertisement

Dalam ilustrasi janaan kecerdasan buatan (AI) itu, bendera Amerika Syarikat turut kelihatan sebagai latar belakang, manakala beberapa individu lain dilihat memandang ke arahnya dengan penuh hormat.

Imej berkenaan dimuat naik lewat malam Ahad sebelum dipadamkan pada keesokan harinya susulan kritikan yang diterima.

Mengulas mengenai perkara itu, Trump menafikan bahawa dia berniat untuk menggambarkan dirinya sebagai Nabi Isa, sebaliknya menjelaskan ia hanya simbolik.

“Saya memang memuat naiknya, dan saya fikir ia menunjukkan saya sebagai seorang doktor dan ada kaitan dengan Palang Merah.”

“Ia sepatutnya menggambarkan saya sebagai seorang doktor yang menyembuhkan orang. Dan saya memang menyembuhkan orang. Saya membuatkan ramai orang menjadi jauh lebih baik,” katanya.

Bagaimanapun, hantaran tersebut tetap mencetuskan reaksi negatif termasuk daripada tokoh Kristian konservatif yang juga antara penyokong kuatnya.

trump

Seorang wartawan dan pengulas konservatif, Megan Basham turut mengkritik tindakan itu secara terbuka di platform X.

“Saya tidak tahu sama ada Presiden menyangka ini kelakar atau jika beliau berada di bawah pengaruh sesuatu bahan, atau apa penjelasan lain yang mungkin bagi penghinaan agama yang teruk ini.”

“Dia perlu menurunkan hantaran ini dengan serta-merta dan meminta pengampunan daripada rakyat Amerika, kemudian daripada Tuhan,” tulisnya.

Isu tersebut sekali lagi mencetuskan perdebatan mengenai sensitiviti agama dalam penggunaan imej janaan AI di media sosial.

Selain itu kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.

Trump selat hormuz
2026-04-13 11:44:01

Rundingan Gagal, Trump Arah Sekatan Laluan Selat Hormuz - "Tiada Siapa Yang Akan Selamat"

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...