“Saya Mengaku..” – Scha Alyahya Akui Kesalahan Pakai Skirt Pendek, Terima Teguran Netizen

Hiburan

“Saya Mengaku..” – Scha Alyahya Akui Kesalahan Pakai Skirt Pendek, Terima Teguran Netizen

Sebelum ini, pasangan selebriti terkenal iaitu Awal Ashaari dan Scha Alyahya telah berkongsi hantaran di laman Instagram memaparkan percutian mereka sewaktu di Universal Studio Singapore (USS).

Bagaimanapun, hantaran itu telah mencetuskan rasa kurang senang dalam kalangan netizen apabila Scha dilihat memakai dress pendek berwarna merah jambu.

Advertisement

Malah, ada juga yang membandingkan dan memerli bahawa dress dipakai oleh anaknya, Lara Alana jauh lebih labuh daripada gaun ibunya sendiri.

Tampil memberi penjelasan, Scha atau nama sebenarnya Sharifah Nor Azean binti Syed Mahadzir Alyahya memohon maaf kepada netizen yang tersinggung atau berasa kurang senang melihat penampilannya mengenakan skirt pendek ketika bercuti bersama keluarga di Singapura.

Saya tidak mudah dicuit, benda yang saya buat tu saya rasa salah saya akan mengaku.

Menurut Scha, dia berlapang dada menerima teguran itu dan mengakui kesilapan tersebut.

Kalau bagi saya benda tu mengarut saya akan buat tak tahu sebab at the of the day benda itu tak menggangu saya pun.

Tak perlu nak menegakkan benang yang basah atau menidakkan benda yang dah salah, terima seadanya. So, saya terima teguran dan kecaman itu.

Tambahnya lagi, jika seseorang itu telah melakukan kesalahan maka terima sahaja dan tidak perlu untuk mancabar atau membalas apa yang ditegur.

Saya pun dah lama dalam industri jadi saya tahu apa yang patut buat apa yang tidak patut buat.

Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.

4 bulan lalu

"Kemain Pendek Skirt" - Bawa Anak-Anak Ke USS, Scha Ditegur Netizen Sebab Pakai 'Dress' Terlalu Senteng

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

SUMBER : Mstar

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Tinggalkan Komen Anda Di Sini

Loading...