Usahawan kosmetik Nur Sajat menafikan video beliau sentap dan menangis kerana dimarahi Datuk Seri Aliff Syukri hanya gimik semata-mata seperti yang dituduh oleh netizen tetapi insiden itu benar-benar mengguris hatinya sebagai seorang wanita.
Sajat menganggap Aliff langsung tidak menghargai pengorbanannya yang sanggup meninggalkan urusan perniagaan beliau dan menjalani penggambaran muzik video Abang Nak Tegur di Sepanyol dan Turki.
Bagaimanapun, Aliff ada memohon maaf kepada Sajat atas apa yang berlaku dan isu tersebut sudah pun selesai.
Memang saya terasa hati dengan Datuk Seri Aliff bila dia marah saya di hadapan umum. Mungkin waktu itu kami tertekan dan penat dengan cuaca sejuk lagi. Saya menangis sebab rasa macam pengorbanan saya tinggalkan kerja di Malaysia untuk menjalani penggambaraan di Sepanyol tidak dihargai.
Selepas itu, Aliff ada memohon maaf pada saya dan isterinya juga ada hubungi saya untuk berbincang perkara tersebut. Semuanya dah selesai dengan baik. Ia bukan drama yang kami sengaja cipta. Aliff seorang yang berterus-terang, dia tak suka simpan apa yang dia rasa dan itu sangat bagus.