Sebelum ini, kecoh di rata-rata media sosial mengenai sebuah hantaran oleh seorang pengguna Twitter dikenali sebagai Naz yang meluahkan rasa tidak puas hati terhadap pengurus atau manager Khairul Aming.
Menerusi hantaran tersebut, pengurus Khairul Aming itu didakwa bersikap ‘kekwat’ dan ‘mulut puaka’ apabila dihungungi untuk berurusan mengenai influencer itu.
Malah, apa yang lebih mengejutkan apabila ramai pihak yang turut menghadapi situasi sama ketika berurusan dengan pengurus itu.
Selepas beberapa menghilangkan diri dari media sosial, bekas pengurus Khairul Aming yang dikenali sebagai Ahmad Fadhilat Fitri Bin Ismail itu tampil memberi penjelasan di laman Instagram miliknnya.
Saya memohon maaf atas kesilapan saya pada tempoh hari. Dengan rendah hatinya saya meminta ribuan kemaafan kepada mereka yang telah pernah berkerjasama dengan saya secara terus atau tidak terus.
Jelas Fadhilat, dia mengakui mempunyai kelemahan dalam menghadapi situasi dalam tekanan dan buat masa ini, dia akan cuba membuat perubahan untuk masa akan datang.
Banyak hikmah dan pengajaran yang telah saya dapat sepanjang penularan isu ini.
Dalam pada itu, Fadhilat memaklumkan dia secara rasminya sudah tidak mempunyai apa-apa kaitan bekerja dengan Khairul Aming selepas insiden penularan itu berlaku.
Dia (KA) juga sedang mencari pengganti yang baru untuk handle semua kerja dia. Jadi semua socmed saya ni hanya untuk personal saya sahaja dan tak ada kaitan dah dengan career dia.
Menurutnya lagi, dia akan meningkatkan kemahiran komunikasi sewaktu bekerja dengan menyertai kelas-kelas public relations (PR) dan mana-mana kelas yang berkaitan pada masa akan datang.
Saya mohon jasa baik semua untuk tidak lagi menbincangkan hal ini dan diharapkan dari kerjasama semua orang.
Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.