“Dah La Susah Nak Reach!” – Mulut Puaka & Kekwat, PA Khairul Aming Dikecam Ramai

Kehidupan

“Dah La Susah Nak Reach!” – Mulut Puaka & Kekwat, PA Khairul Aming Dikecam Ramai

Pasti ramai yang mengenali selebriti media sosial, Khairul Aming yang terkenal dengan sifatnya yang merendah diri dan suka berkongsi ilmu mengenai bisnes.

Malah, Khairul Aming juga terkenal dengan sifatnya yang suka membantu peniaga kecil dengan memberi sokongan serta pendedahan ‘percuma’ kepada mereka dengan melakukan video review.

Advertisement

Namun baru-baru ini, viral di laman Twitter mengenai sebuah hantaran oleh seorang pengguna dikenali sebagai Naz yang meluahkan rasa tidak puas hati terhadap pembantu peribadi atau personal assistant (PA) Khairul Aming.

Dari fans dia, terus aku unfollow semua account dia sebab mulut puaka PA dia.

Menerusi hantaran tersebut, PA Khairul Aming didakwa bersikap ‘kekwat’ dan ‘mulut puaka’ apabila dihungungi untuk berurusan dengan influencer itu.

Kekwat nak mampos. Aku contact manager TokTi pun tak kekwat macam kau.

Tambahnya lagi, apabila diminta untuk berurusan terus dengan influencer tersebut, PA Khairul Aming menegaskan bahawa apa-apa urusan harus melaluinya dan menyatakan pihaknya tidak berminat kerana sibuk dengan pengambaran video lain.

Malah, apa yang lebih mengejutkan apabila meninjau di ruangan balas, ramai yang juga menghadapi situasi sama ketika berurusan dengan PA Khairul Aming itu.

Susulan itu, Khairul Aming tampil memberi penjelasan di ruangan balas dan mohon maaf atas pengalaman buruk dialami oleh ramai pihak dengan pengurusnya.

Malah, dia mengakui terlepas pandang mengenai perkara ini kerana telah menyerahkan semua urusan komunikasi dengan pelanggan kepada pengurusnya.

Tambahnya lagi, dia sendiri yang akan meneliti kesemua pertanyaan yang ditinggalkan secara peribadi dan akan menyelesaikan perkara ini secepat mungkin.

Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.

2 years ago

"Disebabkan Dia.." - Ramai Beratur Panjang Nak Beli 'Nasi Lemak RM1.00' Gara-Gara Khairul Aming

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

SUMBER : Twitter

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...