“Disebabkan Dia..” – Ramai Beratur Panjang Nak Beli ‘Nasi Lemak RM1.00’ Gara-Gara Khairul Aming

Kehidupan

“Disebabkan Dia..” – Ramai Beratur Panjang Nak Beli ‘Nasi Lemak RM1.00’ Gara-Gara Khairul Aming

Sebelum ini, selebriti media sosial iaitu Khairul Aming telah memberi review jujur mengenai Nasi Lemak RM1.00 yang tular di aplikasi TikTok.

Menerusi video tersebut, Khairul berkata dia tertarik untuk mencuba nasi lemak itu walaupun produk yang dijual merupakan makanan yang ‘simple‘ tetapi menganggap ianya mempunyai ‘storytelling‘ tersendiri.

Advertisement

Setiap hari dia buat live, apa struggle dia cerita, interact dengan customer. Jadi kita kat luar pun rasa kita sebahagian daripada bisnes dia juga.

@khairulaming

Lupa nak mintak sudu tapi selamat bangsudu kasi sudu lebih tadi ? #MakanLokal #NasiLemak @TAUKE NASI LEMAK RM1

? New Home – Austin Farwell

Susulan itu, peniaga Nasi Lemak RM1.00 yang dikenali sebagai Bangsudu terkejut apabila semakin ramai pelanggan yang datang beratur untuk membeli beberapa hari selepas Khairul Aming membuat review.

Menurut hantaran di laman Twitter, Bangsudu turut meluahkan rasa hormat terhadap Khairul Aming kerana sering memberi sokongan terhadap peniaga kecil sekaligus memberi pendedahan ‘percuma’ kepada mereka.

Hebatnya seorang Khairul Aming. Disebabkan dia saya tak boleh move on dengan apa yang jadi semalam.

Ramai orang beratur macam nak beli tiket world cup tau.

Dalam pada itu, Bangsudu atau nama sebenarnya Fazrie Haiqal turut berkongsi beberapa pengalamannya mengendalikan pelanggan yang ramai.

Jelasnya, dia belajar untuk tenang sewaktu berniaga supaya keadaan tidak menjadi huru-hara dan cuba untuk meletakkan 200% tenaga bagi melayani pelanggan yang datang agar mereka berasa gembira selepas beratur panjang.

Tambahnya lagi, dia juga harus memastikan stock nasi lemak cukup untuk semua pelanggan kerana ada yang sudah beratur lama tetapi tidak dapat untuk membeli.

Kesian sebab mereka dah penat tibe-tibe sampai depan dah habis. Lepas ni apa yang kurang dari saya, saya akan tambah baik lagi.

Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.

DBKL
3 bulan lalu

“Mcm B*bi Masuk Kebun” - Pokok Hiasan Musnah Kena Pijak, DBKL ‘Perli’ Pengunjung Sambut Hari Merdeka

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

SUMBER : Twitter

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Tinggalkan Komen Anda Di Sini

Loading...