Beautifulnara – Gosip Artis Malaysia Terkini

Hiburan

Saya Memang Tiada SPM Tapi Tidak Pernah Minta Wang Orang – Emma Maembong

Sebelum ini Emma Maembong pernah dihina kerana tidak mempunyai kelulusan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) oleh salah seorang individu di laman sosial. Walaubagaimanapun, buat Emma tiada siapa yang boleh menghakimi seseorang jika mereka tidak pernah berada didalam kehidupan orang yang mereka hina itu.

Advertisement

Emma juga pada masa yang sama tidak cepat melatah dengan kontroversi tesebut dan sudah memaafkan mereka yang membencinya itu.

Orang boleh bercakap tentang apa sahaja tetapi hakikatnya cuma saya dan keluarga yang tahu. Saya bekerja siang malam, tidak cukup tidur dan sakit pening saya. Apa yang mereka tahu dan lihat, saya pakai barang mahal dan bercuti ke luar negara.

Sejujurnya, saya bangga untuk memberitahu, memang saya tidak mempunyai kelulusan SPM. Tanpa SPM, saya tidak pernah meminta wang daripada orang lain. Saya boleh sara keluarga, itu sudah memadai.

Tambah Emma lagi, beliau mahu kejayaan yang dikecapi oleh beliau kini menjadi satu motivasi kepada anak-anak muda yang kurang berjaya di dalam pelajaran. Hidup ini  tidak semestinya berakhir tanpa segulung sijil akademik. Apa yang penting seseorang itu harus bekerja keras demi mencapai impian mereka.

Advertisement

Tiada segulung ijazah tidak semestinya seseorang itu tidak pandai. Kadang-kadang ada diantara kita yang mempunyai ijazah tetapi rakan kita yang tidak memiliki sebarang sijil akademik sudah lebih berjaya.

Sumber Berita: Kosmo

 

 

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawap langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawap anda sendiri.

Comments are closed.

Loading...
To Top