May 24th, 2015

Pengarah terkenal, Michael Ang khabarnya merasa bengang dengan seorang individu di Instagram kerana menghina aktres Emma Maembong kerana beliau tidak mempunyai SPM.

Buat Michael, individu tersebut tidak mempunyai hak dan tidak berfikir dengan lebih matang apabila mengeluarkan kenyataan sebegitu. Berikut kata-kata Michael :-

Oh ni Lah budak Yg kutuk @emma_maembong! Dik Kita Nak advice aje la Kau Ingat org Tak Ada spm atau degree tu org Tak guna! Pakai la otak kecik kau sebelum Kau Nak mengata org! Sekurang2 @emma_maembong Tu mencari rezeki secara halal! Salah Ke sampai Nak hina dia sampai mcm tu?

Tiada SPM tidak bermakna seseorang itu tidak mempunyai akal yang lebih cerdik. Tidak semua orang yang belajar tinggi-tinggi dapat melihat sesuatu perkara dengan lebih matang.

 


Comments are closed.

Loading...