Sebelum ini Emma Maembong pernah dihina kerana tidak mempunyai kelulusan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) oleh salah seorang individu di laman sosial. Walaubagaimanapun, buat Emma tiada siapa yang boleh menghakimi seseorang jika mereka tidak pernah berada didalam kehidupan orang yang mereka hina itu.
Emma juga pada masa yang sama tidak cepat melatah dengan kontroversi tesebut dan sudah memaafkan mereka yang membencinya itu.
Orang boleh bercakap tentang apa sahaja tetapi hakikatnya cuma saya dan keluarga yang tahu. Saya bekerja siang malam, tidak cukup tidur dan sakit pening saya. Apa yang mereka tahu dan lihat, saya pakai barang mahal dan bercuti ke luar negara.
Sejujurnya, saya bangga untuk memberitahu, memang saya tidak mempunyai kelulusan SPM. Tanpa SPM, saya tidak pernah meminta wang daripada orang lain. Saya boleh sara keluarga, itu sudah memadai.
Tambah Emma lagi, beliau mahu kejayaan yang dikecapi oleh beliau kini menjadi satu motivasi kepada anak-anak muda yang kurang berjaya di dalam pelajaran. Hidup ini tidak semestinya berakhir tanpa segulung sijil akademik. Apa yang penting seseorang itu harus bekerja keras demi mencapai impian mereka.
Tiada segulung ijazah tidak semestinya seseorang itu tidak pandai. Kadang-kadang ada diantara kita yang mempunyai ijazah tetapi rakan kita yang tidak memiliki sebarang sijil akademik sudah lebih berjaya.