Pelakon Daphne Iking baru-baru ini menceritakan tentang segelintir pihak yang bertanyakan kepadanya sama ada dia tidak merindui untuk makan daging khinzir setelah memeluk agama Islam.
Menerusi posting Instagram akaun milik suami Daphne, pelakon itu menyatakan bahawa dia bukanlah seorang penggemar daging khinzir.
Ada juga yang tanya tak rindu ke makan babi? Saya jawab saya memang tak suka makan babi?”
Daphne juga berkongsi antara salah satu sebab utama dia mengelak untuk memakan daging khinzir adalah kerana keluarganya mempunyai ladang ternakan yang besar di mana haiwan seperti khinzir juga dijaga dengan baik.
Tapi sebenarnya sebab utama saya tak makan adalah kami ada big farm yang membela haiwan ternakan termasuk babi. Kami bagi babi tu minum dan makan hampir setiap hari.”
Dalam pada itu, suami Daphne menerusi ‘caption’ hantarannya berkata pelakon itu adalah seorang pencinta haiwan dan menghormati hidupan tersebut seperti mana makhluk ciptaan Tuhan harus dihormati.
Suami pelakon berkenaan juga sempat menitipkan kata-kata nasihat untuk umat Islam supaya menghentikan tanggapan negatif kepada haiwan seperti babi dan anjing kepada kanak-kanak kerana makhluk berkenaan juga merupakan ciptaan Allah SWT.
Bagi saya, sebagai seorang Muslim Malaysia, kita telah dibiasakan untuk takutkan mereka, menganggap mereka sebagai haiwan yang kotor dan saya rasa itu adalah cara yang salah untuk membesarkan anak-anak kita!
Selain itu, kami kongsikan artikel berkaitan pada pautan di bawah: