“Macam Anjing Minta Makan Kat Tuan” – Erma Fatima Tak Puas Hati Stesen TV ‘Delay’ Bayaran Produser

Hiburan

“Macam Anjing Minta Makan Kat Tuan” – Erma Fatima Tak Puas Hati Stesen TV ‘Delay’ Bayaran Produser

Pelakon dan pengarah, Erma Fatima baru-baru ini memuat naik satu entri di akaun Instagram miliknya yang mendakwa sebuah stesen televisyen tidak membuat bayaran berkaitan sebuah program syarikat produksinya.

Menurut Erma menerusi ‘caption’ hantarannya, dia memberitahu telah menunggu bayaran sejak dari tahun 2020 dan program terbitan hasil syarikatnya juga telah dua kali ditayangkan dalam tempoh tersebut.

Advertisement

Saya dah sabar dari 2020. Dah tayang program repeat 2 kali dekat TV.”

Tambahnya lagi, dia telah berulang kali meminta bayaran, namun akauntan dari pihak stesen televisyen memberikan pelbagai alasan seperti sengaja hendak menangguhkan pembayaran.

Saya minta payment banyak kali macam pengemis minta sedekah. Akauntan jawab nak check…2 tahun check payment saya tak settle ke?”

Dalam pada itu, Erma turut mempersoalkan budaya stesen televisyen berkenaan yang seakan-akan bersikap tidak profesional tentang isu bayaran kepada pihak produksi.

Takkan ini budaya station ni? Delay selagi boleh semua payment produser.”

Di akhir ‘caption’, Erma juga menyatakan produser memerlukan wang untuk meneruskan perjuangan kerjaya seni mereka.

Selain itu kami kongsikan artikel trending pada pautan di bawah:

nafsu binatang bapa kandung puteri balqis
3 bulan lalu

"Mak Sakit, Dia Selamba Onani Di Depan" - Puteri Balqis Merana Hidup Dengan Bapa Kandung 'Nafsu Binatang'?

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

SUMBER : Instagram

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Tinggalkan Komen Anda Di Sini

Loading...